Thursday, 29 November 2012

KEBENARAN FAKTA SEJARAH DALAM FILEM TROY

  By Lee Zchen Yip
Sejak teknologi telah diaplikasikan dalam pendidikan, cara proses pengajaran dan pembelajaran telah berubah sepenuhnya. Sekolah, buku teks , guru  tidak lagi menjadi sumber dalam mendapat pengetahuan. Dengan wujudnya teknologi komunikasi, pelbagai produk media telah dapat dihasilkan . Conthnya seperti filem, TV program, maklumat dalam internet dan sebagainya.  Medium yang biasanya digunakan oleh semua orang adalah melalui menonton filem dan rancangan TV yang dihasilkan.