Selaras dengan
kemajuan teknologi maklumat pada era ke-21, pendekatan kepada pendidikan dan
cara proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan turut telah
mengalami perubahan yang besar. Salah satu bentuk pendidikan yang muncul akibat
perkembangan dan transformasi dalam teknologi
komunikasi ialah pendidikan jarak jauh (PJJ), atau juga dikenali sebagai distance learning.
komunikasi ialah pendidikan jarak jauh (PJJ), atau juga dikenali sebagai distance learning.
Apakah PJJ?
Menurut Moore (1989), PJJ adalah “the separation between learner and teacher, such that the
communication between the two is necessary in the educational transition is
transmitted through print, broadcasting, telecommunications media,
correspondence instruction through the mail, audio and video recording,
computers, and various combinations and variations of these.” Walaupun PJJ
merupakan suatu fenomena yang agak baru, terutamanya dalam konteks negara
Malaysia, namun jumlah pelajar yang memilih untuk melanjutkan pelajaran
tertiari mereka secara tidak formal ini kian meningkat setiap tahun. Sehingga
hari ini, antara negara-negara lain yang menawarkan persekitaran open learning ialah Australia, Kanada,
Amerika Syarikat dan Thailand.