Selaras dengan
kemajuan teknologi maklumat pada era ke-21, pendekatan kepada pendidikan dan
cara proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan turut telah
mengalami perubahan yang besar. Salah satu bentuk pendidikan yang muncul akibat
perkembangan dan transformasi dalam teknologi
komunikasi ialah pendidikan jarak jauh (PJJ), atau juga dikenali sebagai distance learning.
komunikasi ialah pendidikan jarak jauh (PJJ), atau juga dikenali sebagai distance learning.
Apakah PJJ?
Menurut Moore (1989), PJJ adalah “the separation between learner and teacher, such that the
communication between the two is necessary in the educational transition is
transmitted through print, broadcasting, telecommunications media,
correspondence instruction through the mail, audio and video recording,
computers, and various combinations and variations of these.” Walaupun PJJ
merupakan suatu fenomena yang agak baru, terutamanya dalam konteks negara
Malaysia, namun jumlah pelajar yang memilih untuk melanjutkan pelajaran
tertiari mereka secara tidak formal ini kian meningkat setiap tahun. Sehingga
hari ini, antara negara-negara lain yang menawarkan persekitaran open learning ialah Australia, Kanada,
Amerika Syarikat dan Thailand.
Kemunculan &
Perkembangan PJJ
Di Malaysia,
kemunculan PJJ berlaku disebabkan keterhadan kapasiti institusi pengajian
tinggi dalam menempatkan kesemua pelajar yang mendaftar. Selain itu,
berlandaskan visi Wawasan 2020 yang mempunyai misi untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sekurang-kurangnya 30%
daripada populasi negara disasarkan untuk mendaftarkan diri mereka dalam
insititusi pengajian tinggi. Namun, sehingga tahun 1996, hanya 7% daripada
rakyat kita (kohort umur 19-24) sahaja yang berbuat demikian (Silong et. Al.,
1996). Tidak dapat dinafikan bahawa seiring dengan kemunculan dan perkembangan
teknologi komunikasi dalam dunia yang sudah begitu biasa dengan pengaliran dan
penukaran informasi tanpa sekatan, pendidikan turut menjadi suatu komoditi yang
boleh diperdagangkan dalam pasaran antarabangsa. Fenomena globalisasi mampu
merobohkan dinding yang telah sebelum ini menghalang seseorang daripada
meneruskan pengajian mereka gara-gara sekatan geografi, ekonomi dan sosial.
PJJ dalam Era
Informasi Digital
Seperti yang
telah diutarakan di atas, pendidikan pada abad ke-21 memang telah mengalami
perubahan yang dramatik. Dari pendidikan konvensional dalam bilik darjah, kini
proses P&P tidak lagi memerlukan papan hitam mahupun suatu ruang yang
tetap. “Papan Tidak Lagi Hitam” yang merupakan tajuk blog kami sememangnya mencerminkan
bagaimana pendidikan pada hari ini tidak lagi perlu bergantung kepada sekadar
papan hitam.
Antara perkara
yang telah mendorong perubahan proses pembelajaran ini adalah kemunculan dan
perkembangan alat-alat komunikasi yang banyak digunakan dalam P&P PJJ.
Penggunaan alat-alat komunikasi tersebut telah mengalakkan pembelajaran bawah
ke atas (bottom to up). Dalam erti kata lain, pembelajaran kini menjadi lebih
interaktif dan bukan tertakluk kepada pengaliran informasi dari profesor ke
pelajar semata-mata.
Dalam artikel
Mary Oakes Smith, beliau mengatakan :
“Learning becomes an interactive process, where the learner guided by the profesor as tutor and facilitator, initiates the learning process, gaining direct access to various sources of information through the use of the new technology tools.”
“Learning becomes an interactive process, where the learner guided by the profesor as tutor and facilitator, initiates the learning process, gaining direct access to various sources of information through the use of the new technology tools.”
Antara alat-alat
komunikasi media yang menyokong pelaksanan PJJ adalah (mengikut kategori):
Media cetak:
-Booklets
-Poster
-Newsprint
Media cetak:
-Booklets
-Poster
-Newsprint
Television :
-Kaset video
-Kurses talian (telecourses)
Audio/Media Visual :
-Telefon dan fax
-Radio, Penyiaran Microwave
-Kaset audio
Komputer/Internet :
-E-mel
-Akses kepada World Wide Web
-Perisian program/CD ROM
Media Penghantaran Satelit :
-Radio/televisyen digital
-Video/Teleconferencing
[Sumber : Mary
Oakes Smith; Open and Distance Learning in the Twenty First Century; Towards
Visualisation Open and Distance Learning]
Kemunculan
teknologi turut telah membuka ruang bagi generasi baru PJJ dengan menggunakan
mel suara, e-mel, teleconferencing
dan telekomunikasi bersepadu berasaskan komputer (computer-based integrated telecommunications) serta teknologi
multimedia (Idrus, 1997). Hubungan rapat antara pelajar PJJ (distance learner)
dengan teknologi komunikasi memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan
sesi pembelajaran mereka tanpa perlu disekat oleh masa dan ruang.
Kepincangan dalam PJJ
Objektif
menggunakan teknologi komunikasi dalam PJJ perlu jelas.
“…is it (technology) used to produce distance
learning materials of demonstrable excellence or are the technologies used as
merely transmitting tools? There is now a trend to utilise technology as a tool
of convenience without any maximisation of its pedagogical potential. Other
than that , there is also a more serious intrusion into the distance learner in
that these technologies are putting them back into the constraints of space and
time…” (Idrus, 1997).
Dari hujahan
Idrus, kita sememangnya telah terlepas pandang implikasi kebergantungan teknologi
komunikasi secara membabi buta dalam PJJ.
Selain itu, autonomi
pelajar (learner autonomy) juga boleh
dikompromasi . Merurut Moore (1972), semakin besar jurang kognitif (transactional distance) antara pelajar
dan pensyarah, lebih banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pelajar
tersebut dalam pembelajaran jarak jauhnya. Namun, perkara ini tidak sering
berlaku dan PJJ telah dikritik kerana rekabentuknya yang mendorong
kebergantungan pelajar dan bukannya autonomi pelajar.
“Distance education and open learning programs are predominantly designed for students to be passive recipients of pre-packaged past knowledge (in Kasworm/Yao, 1992, p.1)” – Moore, 1986.
Untuk mengatasi
masalah kepasifan pelajar PJJ, struktur dan modal kursus perlulah kurang rigid
dan memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan autonominya dalam proses
pembelajaran mereka.
Kesimpulan
Memandangkan PJJ
bergantung banyak kepada teknologi komunikasi dalam melaksanakan proses P&P
di mana pelajar dan pengajar dipisahkan dalam konteks geografi, kita perlulah
menggunakannya secara maksimum supaya kita mendapat manfaat dari setiap aspek
positif media tertentu.
Rujukan :
1) Moore, M.G. (1989) Distance Education: A Learner’s
System. Lifelong Learning Vol. 12, No.8 pp 8-11.
2) Idrus, R.M. (1997) Information Technology in Distance and Open Learning. Maintaining separation in space and time in distance education. International Conference on Distance and Open Learning, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia, Febuary 27-March 1, 1997.
3) Moore, M. (1993). Theory of transactional distance. In D. Keegan. (ed.) “Theoretical Principles of Distance Education. London: Routledge Press.
2) Idrus, R.M. (1997) Information Technology in Distance and Open Learning. Maintaining separation in space and time in distance education. International Conference on Distance and Open Learning, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia, Febuary 27-March 1, 1997.
3) Moore, M. (1993). Theory of transactional distance. In D. Keegan. (ed.) “Theoretical Principles of Distance Education. London: Routledge Press.
No comments:
Post a Comment