
BY Nor Amirah Ayuni Binti Abdul Halim
Apa itu Sindrom down?
Sindrom Down atau trisomy
21 merupakan kecacatan
genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down,
doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan
oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sindrom Down
dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran
kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Selain itu, Sindrom Down biasanya dikenal
pasti semasa kelahiran.
Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai
keupayaan kognitif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit
kepada sederhana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan
sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit. Sejumlah kecil berhadapan
dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Sindrom Down dianggarkan sekitar 1
setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran. 21 Mac merupakan Hari Sindrom
down yang disambut seluruh dunia.
Ciri-
ciri fizikal
·
Anggota lebih pendek
·
Berbadan gempal
·
Kepala kecil dan mata sepet
·
Lidah tebal, kasar, pendek dan cenderung untuk terjelir
·
Bukaan mata yang bujur
·
Hidung leper
·
Mata sentiasa berair dan merah, juling
·
Leher pendek dan besar
·
Tapak tangan hanya ada satu
lipatan
·
Sendi longgar, otot lembik
Ciri-ciri lain
·
Pertumbuhan
kanak-kanak Sindrom down tidak begitu ketara kalau dibandingkan dengan
kanak-kanak normal, saiz fizikal mereka selalunya besar dari kanak-kanak biasa,
badan mereka lebih gempal tetapi otot-ototnya nampak lembik.
·
Dari aspek
mental pula pertumbuhan agak lambat dari kanak-kanak biasa. Keupayaan untuk
memikirkan tentang banyak perkara tidak dapat mencapai tahap seperti mana
pertumbuhan pada kanak-kanak biasa. Keupayaan mental mereka agak terbelakang
jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Ini mungkin
disebabkan kerosakan saraf-saraf otak yang dialami oleh mereka.
·
Pertumbuhan
dari aspek sosial pula begitu ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak
biasa. Mereka agak lambat untuk berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga mereka
seperti jiran, rakan sebaya dan guru. Mereka tidak
pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka terutama dengan bukan
keluarga mereka. Kemungkinan rasa rendah diri atau tidak mempunyai keyakinan
diri menyebabkan mereka sukar menyesuaikan diri dalam masyarakat.
·
Selain itu, kanak-kanak sindrom
down ini juga mempunyai emosi seperti kanak-kanak lain. Mereka akan ketawa,
suka, menangis, sayangkan sesuatu seperti kanak-kanak normal yang lain. Cuma bezanya kawalan emosi mereka tidak
seperti kanak-kanak biasa. Mereka kurang mempunyai perasaan malu jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka.
·
Mereka juga berpotensi untuk mempunyai
masalah kesihatan seperti berisiko mendapat jantung berlubang, mudah dijangkiti
selesema, kurang pendengaran, masalah pertuturan dan
penglihatan kurang jelas.
Teknologi dalam pendidikan
Penggunaan
teknologi dalam pendidikan telah mula diperkenalkan sejak abad ke 21. Menurut
Crowell (1971) dalam encyclopedia of education” Teknologi pendidikan ialah
gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi
kesan baik kepada pendidikan. Hampir setiap negara mengalami revolusi dalam
pendidikan sejak penggunaan teknologi yang semakin meluas. Di Malaysia,
penggunaan ICT dalam pendidikan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P), tidak terkecuali pendidikan khas di sekolah. Namun, keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangan oleh mereka.
Warga pendidik contohnya guru menjadi nadi dan tulang
belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita
dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika
kita imbas 10 tahun yang lalu, kebanyakan guru tidak mahir dalam penggunaan
komputer dan akses ke internet. Namun pada hari ini guru di sekolah sudah mahir
menggunakan komputer dan menjadikan modul dalam pengajaran mereka. Perkembangan
ini penting untuk melahirkan murid yang celik ICT dan bertaraf dunia. Hal ini
juga merupakan langkah awal ke arah wawasan 2020.
Bagaimana teknologi
membantu pembelajaran kanak-kanak SD ini?
Sebagaimana
yang kita tahu, kanak-kanak SD mempunyai kesukaran untuk memahami, dan
kesukaran untuk berkomunikasi dengan baik. Oleh itu, televisyen membantu
kanak-kanak ini untuk berkomunikasi. Mereka akan cuba mendengar dan mengikut
apa yang dilihat. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak SD tidak mahu bergaul
dengan masyarakat disebabkan mereka berasa rendah diri dan kurang keyakinan.
Oleh itu, apabila menonton televisyen mereka dapat belajar cara berinteraksi
dan berkomunikasi menerusi cerita kartun, drama atau program kanak-kanak.
Setidak-tidaknya kanak-kanak ini mampu mengenal dunia luar menerusi aplikasi
teknologi.
Selain
itu, alat bantu yang lain ialah seperti komputer atau ipad. Jika sebelum ini,
kanak-kanak SD belajar menggunakan kad-kad simbol atau ayat untuk belajar, kini
mereka dapat belajar dengan lebih interaktif lagi. Aplikasi teknologi dalam
pembelajaran membuatkan ilmu dapat disampaikan dengan cepat dan mudah
menggunakan perisian tertentu. Sebagai contoh, dengan menggunakan grafik
komputer kanak-kanak SD dapat belajar dengan lebih cepat. Kad simbol lebih
menarik dengan warna, mempunyai muzik dan bergerak gerak menyebabkan mereka
berminat untuk belajar dan tidak bosan. Jika menggunakan teknologi ipad lebih
mudah kerana hanya perlu sentuh kepada skrin (touch skrin). Kanak-kanak SD ini lambat untuk memahami sesuatu
namun tidak mustahil untuk mereka belajar.
Selain
itu, buku audio turut membantu kanak-kanak SD ini. Buku yang telah direkodkan
ini membolehkan pengguna untuk mendengar teks dan boleh didapati dalam pelbagai
format seperti kaset CD, audio dan muat turun MP3. Buku audio ini boleh
dimainkan semula pada bila-bila masa menjadikan proses pembelajaran lebih
interaktif. Hal ini juga supaya dapat merangsang tahap penerimaan pembelajaran
yang cepat.
Walau
bagaimanapun, penggunaan teknologi tidak boleh dibandingkan sama sekali dengan
peranan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak SD ini. Ibu bapa harus bersabar
dalam mendidik mereka kerana secara fizikal mahupun mental tidak sama dengan
kanak-kanak normal yang lain. Dapatkan nasihat doktor supaya kanak-kanak SD ini
tidak dibiarkan.
Rosie
Cross bersama seorang kanak-kanak sindrom down. Beliau berpendapat kanak-kanak
SD ini mampu belajar bermain piano seperti kanak-kanak yang lain. Beliau
merupakan guru muzik di Birmingham dan aktif mengajar muzik terutama untuk
kanak-kanak kurang upaya seperti sindrom down.


Danangi
merupakan kanak-kanak sindrom down yang pada mulanya mempunyai kesukaran untuk
bercakap dan memahami sesuatu. Namun, hasil bimbingan guru nya iaitu Miranda
Hemalatha serta sokongan daripada keluarga, Danangi mampu menjadi penari Kandyan
dan Baratha natyam. Selepas beberapa bulan, Danangi mampu mengadakan konsert
tarian solonya di auditorium kolej Bishop.
Kritikan
Pelbagai
pandangan yang diutarakan tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ada menyifatkan
satu perubahan positif ke arah membangunkan masyarakat. Namun hal perlu
difikirkan ialah bagaimana masyarakat menerima sesuatu teknologi tersebut dalam
kehidupan mereka. Jika dilihat dari aspek kanak-kanak sindrom down, walaupun
teknologi mampu membantu mereka namun jika ibu bapa tidak yakin terhadap
sesuatu teknologi maka tiada gunanya. Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak
SD ini tidak memberi peluang kepada anak mereka untuk belajar seperti
kanak-kanak lain. Mereka merasakan yang kanak-kanak SD ini tidak mampu untuk
belajar dan berusaha untuk mengasingkan mereka dari masyarakat. Kanak-kanak SD
ini mampu berdikari jika ibu bapa memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang
kepada mereka.
Selain
itu, tidak semua keluarga di Malaysia tahu menggunakan teknologi. Masih
terdapat jurang digital atau gap dalam
masyarakat. Masyarakat di bandar terus menerus mendapatkan lambakan informasi
dan teknologi sedangkan masyarakat di luar bandar masih ketandusan maklumat dan
teknologi. Oleh itu, kanak-kanak SD ini tidak dapat dibantu akibat daripada
jurang tersebut. Walau secanggih mana pun teknologi hari ini harus diingat
bahawa kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa adalah yang lebih utama.
Kesimpulan
Perkembangan
teknologi yang berlaku sekarang tidak wujud dalam kekosongan. Dalam karangan
Hamelink Information Revolution is
actually happen when the transformation of society to better stage. No matter
the improvement is happen in our society life, economic, culture(art and
entertainment) or social politics. Oleh itu, penggunaan teknologi tidak
boleh hanya tertumpu untuk pembangunan dari aspek material sahaja bahkan juga
dalam aspek pendidikan insaniah masyarakat. Penggunaan teknologi secara optimum
boleh membantu kanak-kanak sindrom down yang berpotensi untuk maju dalam
kehidupan mereka. Mungkin mereka tidak boleh untuk mempelajari semua nya
seperti kanak-kanak normal yang lain tetapi cukup sekadar mereka untuk mampu
berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna pada masa akan datang.
Sumber:
·
Down syndrome
educational internationally
·
myMetro – artikel
disiarkan pada 20/3/2011
·
berita harian online-
artikel disiarkan pada
·
bacaan: Hamelink, is
there life after the information revolution?
·
Laman web Pusat
Kebangsaan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KSDF)
·
http://weedapkhas.wordpress.com
No comments:
Post a Comment