By Shaidatul Amni Bt Mikidin
Apa
itu Disleksia?
Disleksia merupakan satu masalah atau
disorder dalam diri seorang kanak-kanak yang telah menerima Pendidikan Biasa.
Golongan ini tidak memperoleh kemahiran bahasa, bacaan, menulis, dan ejaan yang
setaraf intelek. (World Federation of Neirology, 1968)
3
Jenis Disleksia
- · Diskalkulia : Masalah berkaitan pengiraan atau matematik.
- · Disgrafia : Masalah berkaitan bahasa atau pertuturan.
- · Dispraksia : Masalah yang berkaitan ko-ordinasi motor-mata-tangan.
Ciri-ciri
Disleksia
- · Kesukaran untuk mengetatkan tali kasut dan tie.
- · Sering salah ketika memakai kasut.
- · Sangat cemerkap (Clumsy).
- · Sukar untuk melompat.
- · Kesukaran untuk memahami arahan yang diikuti arah (atas,bawah).
- · Sukar untuk melontar, menangkap dan menendang bola.
- · Sukar untuk memahami lebih daripada satu arahan.
- · Sering membuat kesilapan sebutan ketika bertutur.
- · Sukar untuk menyebut multi-syllable words.
- · Sukar untuk menamakan sesuatu objek.
- · Sering keliru antara kiri dan kanan.
- · Kelemahan tangan.
- · Tulisan yang buruk dengan huruf yang sering ditulis terbalik.
- · Sukar untuk menyalin apa yang ditulis di papan hitam/putih.
- · Sukar mengingat hari, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon.
- · Sukar untuk menyatakan masa atau waktu.
- · Keliru antara esok dan semalam.
- · Sukar menghafal urutan hari, bulan atau sifir.
- · Progres pembacaan, penglihatan dan sebutan yang lambat walaupun dengan melihat buku.
- · Keletihan yang berlebihan disebabkan oleh tahap penumpuan yang banyak dan usaha yang diperlukan untuk memperolehi hasil yang sangat sedikit.
Persatuan
Disleksia Malaysia
Persatuan ini diterajui oleh Sariah Amin
yang bertindak sebagai presiden persatuan. Persatuan ini telah ditubuhkan khas
untuk memberikan pendidikan atau pengajaran tanpa tekanan dan saingan dengan
pelajar normal yang lebih cepat dalam menerima apa yang diajar oleh guru-guru
di dalam kelas. Pusat Disleksia Malaysia (PDM) ditubuhkan pada tahun 1999 dan
terdapat sebanyak 9 buah pusat yang telah beroperasi. Salah satu daripadanya terletak di Ampang. Setiap 5 orang pelajar akan ditempatkan dalam
1 kelas di mana seorang guru akan mengajar 3 subjek (Bahasa Melayu, English dan
Matematik) pada kelas yang sama setiap hari. Ini bertujuan untuk menimbulkan
kemesraan antara pelajar dan guru supaya mereka lebih selesa untuk belajar.
Pembelajaran akan difokuskan kepada auditori (pendengaran), sentuhan dan sebutan.
Kanak-kanak disleksia yang mempunyai masalah menulis disebabkan masalah motor
halus. Jadi mereka didedahkan dengan permainan praktikal seperti blok dan tanah
liat. Guru-guru di PDM ini juga akan mengajar pelajar melalui kaedah blok-blok
huruf yang diletakkan di hadapan mereka dan memberikan penjelasan tentang
perbezaan huruf-huruf tersebut. Contohnya a
dan d, dan p dan b.
Pusat Disleksia Malaysia. |
![]() |
Guru di Pusat Disleksia Malaysia sedang mengajar kanak-kanak disleksia. |
Salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan di PDM. |
Bahan mengajar yang digunakan. |
Teknologi telah mempengaruhi bidang
pendidikan kanak-kanak disleksia di mana, guru-guru di PDM ini turut
menggunakan animasi interaktif yang dihasilkan oleh www.nessy.com. Laman web ini memberikan kemudahan kepada
guru-guru dan ibu bapa dalam mengajar kanak-kanak disleksia di mana terdapat
permainan yang boleh memperbaiki kelemahan mereka untuk mengeja, mengira dan
menyebut. Antara contoh permainan atau game yang terdapat di dalam laman web
ini ialah;
- · Nessy Learning Programme : Kemahiran mengeja.
- · Hairy Phonic : Melatih untuk memperbaiki sebutan.
- · Tables of Doom : Mengajar mereka dalam pengiraan.
Selain itu terdapat pelbagai permainan yang
boleh mengajar mereka pelbagai perkara lain seperti game Clock Island yang mendidik mereka untuk menyatakan masa dan waktu.
Terdapat pelbagai permainan yang boleh merangsang pemikiran dan pemahaman
kanak-kanak disleksia terdapat di laman web ini. Bagi ibu bapa yang
berkemampuan, mereka boleh membeli software yang dijual oleh Syarikat Nessy ini
dan memuat turun software tersebut ke laptop atau computer mereka.
Malaysia juga turut menghasilkan software
yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak disleksia iaitu Perisian
Phonics Tutor Software Disleksia Visual. Perisian ini telah dihasilkan oleh Dr
Vijayaletchumy Subramaniam yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Perisian ini telah menggunakan
6 kaedah mengeja berteraskan Ortongillingham Phonogram. Ia membantu mencungkil
kebolehan dalam aspek berbeza.
![]() |
Dr. Vijayaletchumi Subramaniam menunjukkan perisian ciptaannya. |
Perisian ini telah pun berada di pasaran
dengan harga RM250. Perisian ini berbeza dengan perisian yang lain kerana ia
dihasilkan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan membolehkan kanak-kanak disleksia
lebih mudah faham. Perisian ini juga menggunakan teori Levinson dan ia sesuai
untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 9 tahun. Perisian ini dicadangkan untuk
digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas, Pusat
Perkembangan Kurikulum, guru-guru dan ibu bapa.
Kanak-kanak disleksia malangnya masih ramai
terdapat di negara kita. Pelbagai masalah atau kekangan yang menyebabkan
masalah ini berlaku walaupun teknologi semakin canggih dalam memperbaiki system
pendidikan mereka. Salah satu kelemahan bagi system pendidikan kanak-kanak
disleksia ini adalah tiada tajaan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Segala pembiayaan bagi pendidikan kanak-kanak disleksia ini ditanggung
sepenuhnya oleh ibu bapa dengan kadar yuran berjumlah RM450 sebulan. Setakat
ini, PDM dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa syarikat
korporat.
Ini menimbulkan persoalan dan pertanyaan
kepada sesetengah atau segelintir masyarakat. Adakah sistem pendidikan yang
sempurna dan teknologi yang canggih hanya mampu diberikan kepada kanak-kanak
disleksia yang datang daripada keluarga yang berkemampuan atau berpendapatan
tinggi. Memandangkan yuran di sekolah khas amatlah mahal.
Teknologi yang sering dianggap sesuatu
perkara yang membawa kepada perubahan yang baik tidaklah selalunya
menggambarkan kebaikan itu sendiri. Malahan timbul pelbagai persoalan dan
perbandingan mengenai perubahan dan perbezaan yang dibawa oleh arus
perkembangan teknologi ini.
Contoh yang paling utama, adalah penerimaan
masyarakat mengenai alat teknologi itu sendiri. Adakah kesemua masyarakat
memerlukan teknologi? Adakah kesemua masyarakat yang memerlukan teknologi itu
memahami alat teknologi itu? Sebagai contoh teknologi dalam pendidikan
disleksia ini, tidak kesemua kanak-kanak mampu memahami dan mampu menggunakan
alat teknologi yang diperkenalkan dalam memudahkan system pembelajaran mereka.
Terdapat kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan komputer dengan baik dan tidak
memahami apa yang diberikan oleh alat itu.
Tahap penerimaan sesebuah teknologi itu
dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tahap pengetahuan, taraf ekonomi dan
kemudahan fizikal. Seperti yang kita tahu, alat-alat teknologi tidaklah dijual
atau diperoleh dengan harga yang murah, ia memerlukan kos yang tinggi. Tambahan
pula ia haruslah dikendalikan dengan pemahaman yang mendalam serta kepakaran
yang tinggi. Golongan yang tentunya terbeban dengan perkara sebegini adalah
golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah terutamanya yang tinggal
di kawasan terpencil dan pedalaman.
Ia mengakibatkan jurang digital atau gap yang sedia ada semakin bertambah. Hanya
yang pandai menjadi semakin pandai, manakala yang lembab menjadi semakin
lembab. Tambahan lagi, tidak semua teknologi dapat digunakan oleh semua
masyarakat yang memerlukan. Ia dipengaruhi oleh tahap informasi masyarakat
tersebut dan tahap kebolehgunaan alat teknologi tersebut dalam golongan mereka.
Terdapat beberapa kawasan yang mempunyai
bilangan kanak-kanak disleksia tidak diberi pendedahan mengenai alat teknologi
yang mungkin boleh membantu mereka dalam pembelajaran. Namun, disebabkan
kurangnya pendedahan dan informasi, kanak-kanak tersebut terpaksa menerima
kaedah pembelajaran secara biasa. Perkara sebegini haruslah difikirkan sebaik
mungkin kerana teknologi tidak selalunya membawa bermacam-macam kebaikan namun
juga boleh menyebabkan beberapa golongan semakin terbeban dan ketinggalan.
Sumber –sumber:
4. www.kosmo.com.my
(26 September 2012)
6. www.utusan.com.my
(15 Ogos 2011)
Bacaan :
1. Technology : Sandra Braman
Assalamualaikum, saya baru menghasilkan app Android (utk tablet dan smartphone) khas utk parents dan guru2 belajar teknik mengajar kanak-kanak disleksia tanpa menggunakan kertas dan pensel. Teknik ini disebut multisensori (pelbagai deria).
ReplyDeleteSIlalah kunjungi fb page https://www.facebook.com/Interlid untuk maklumat lanjut. atau http://myvitalvits.blogspot.com/2014/01/bantuan-kemahiran-membaca-untuk-kanak.html
Saya ingin jemput ibubapa utk mencuba app ini.
Saya berminat untuk mencuba. Anak saya sudah berumur 12 tahun tetapi saya masih belum dapat pastikan masaalah pembelajaran beliau.
Delete