Internet, World
Wide Web, dan email adalah media digital yang paling penting saat ini
(Dijk,2004). Pengumpulan tugasan bagi pelajar dan proses pemarkahan tugasan
bagi pensyarah dilangsungkan dengan menggunakan teknologi komunikasi internet
dan bantuan medium komputer dan email. Bahan-bahan topik kuliah boleh diambil di
website seperti e-learning, informasi mengenai edukasi
lainnya boleh di dapat dengan menggunakan fingertips manusia. Ya, semudah itu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Dengan penggunaan komunikasi teknologi ini, pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah bila-bila masa untuk bertanya mengenai perkara yang pelajar ingin tanyakan.
lainnya boleh di dapat dengan menggunakan fingertips manusia. Ya, semudah itu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Dengan penggunaan komunikasi teknologi ini, pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah bila-bila masa untuk bertanya mengenai perkara yang pelajar ingin tanyakan.
Perkembangan teknologi komunikasi masih terjadi
sampai sekarang. Hal ini boleh dilihat dari jenama dan jenis komputer yang
digunakan pada masa highschool dulu dan universiti sekarang. Ianya berbeza.
Komputer Acer sangat popular dalam pembelajaran di kalangan remaja pada akhir
tahun 90an, awal tahun 2000. Hampir seluruh komputer yang digunakan di sekolah
di dominasi oleh brand ini disebabkan kerana pengoperasian komputer PC Acer
yang menggunakan windows memudahkan pelajar pada masa itu.
Komputer PC dan Internet adalah dua benda vital bagi
pelajar masa kini. Setiap hari pelajar memerlukannya untuk mencari maklumat
yang berkaitan dengan tugasan sekolah dan berkomunikasi dengan rakan group.
Paling tidak itu yang telah diakui Aida Mahalley, seorang pelajar komunikasi
tahun akhir sekaligus pengguna teknologi komunikasi yang aktif sejak
elementary. Namun sekarang, komputer perlahan-lahan mulai digantikan oleh satu
teknologi komunikasi baru jenama Apple iaitu iPad. Menurut Jan Van Dijk, jarang
ada teknologi komunikasi yang baru seutuhnya. Biasanya mereka menggabungkan
karakteristik dari teknologi sebelumnya (Dijk, 2004). iPad adalah gabungan dari
pada komputer dan tablet yang
bermakna papan, buku catatan atau buku nota (tablet computer).
Keuntungan utama yang boleh didapat daripada iPad
iaitu tingkat portabelitasnya yang tinggi. iPad dapat di bawa kemanapun, samaada
dipegang atau diselipkan kedalam beg. Berat iPad yang kurang dari setengah
berat notebook PC biasa membuatnya disukai pelajar. Pelajar dengan mudah melayari
google tanpa harus menunggu komputer atau laptop PC biasa untuk dibangunkan
dari “tidur”. Selain itu pelajar boleh menggunakan aplikasi menarik Apple
sebelum pelajaran bermula atau selama menunggu pensyarah. Aplikasi-aplikasi ini
bukan hanya sekadar game biasa. Banyak aplikasi daripada Apple yang berbentuk
quiz sehingga secara tidak langsung pelajar juga belajar sambil mereka bermain.
Aplikasi jenis “research library” juga
tersedia seperti Goldman Sachs, Morgan Stanley Research, BofAML Research Library,
Barclays Capital Research dan lain-lain. Keuntungan iPad lainnya untuk pelajar
iaitu, barangan ini tidak tertular virus dan worm dari perangakat lain sehingga
pelajar tidak perlu takut data pelajaran yang hilang kerana terserang virus.
iPad telah mendatangkan keuntungan bagi sistem
pendidikan moden. Pensyarah di universiti khususnya, dapat menyimpan
bahan-bahan kuliah didalam iPad. Sebagai pengganti nota yang tidak praktis,
pensyarah boleh menggunakan iPad sebagai guidance
selama kuliah. Melalui observasi, pernyataan diatas memang betul. Dijumpai
beberapa pensyarah komunikasi Universiti Sains Malaysia yang telah menggunakan
iPad selama proses belajar mengajar.
Teknologi komunikasi akan terus berubah menjadi
semakin canggih. Contoh: keluarnya iPad generasi pertama pada bulan Mac 2011.
Beberapa bulan selepas itu, generasi kedua diperkenalkan dipasaran dan dalam
masa satu tahun, tepatnya tahun 2012, iPad generasi paling akhir di release. Namun, adakah dampak negatif
daripada iPad dalam dunia pendidikan khususnya bagi pelajar? Tentu saja ada.
Dalam wawancara, Aida Mahalley mengakui memang ada kesan buruknya antara lain,
membuka aplikasi Apple atau browsing di iPad untuk tujuan bermain semasa kuliah
dijalankan sehingga dapat menganggu konsentrasi belajar. Mempunyai opini yang
berbeza, Junwon Myung, seorang pelajar Kyung Ki University dari Korea yang
mengikuti program pertukaran pelajar di USM, mengakui, sejauh ini belum ada
dampak negatif yang dihasilkan iPad dalam pendidikannya. Justeru beliau
mengakui tidak bisa menjalankan aktifiti kuliah tanpa iPad.
Dalam observasi random yang dijalankan, beberapa
kali seorang pelajar USM yang mempunyai iPad (orang yang sama, kuliah yang
berbeza) dijumpai bermain game di
dalam bilik kuliah sebelum pensyarah datang. Pelajar USM lain pula dijumpai
melayari facebook selama kuliah berlangsung dan lagi satu pelajar USM melayari
google untuk mencari maklamat mengenai topik yang berkaitan dengan kuliah, lalu
mengunjungi facebook selama kuliah. Disini boleh kita lihat bahawa peranan iPad
masih tidak digunakan secara maksimal dalam edukasi.
Michael Bugeja,
Director, Greenlee School of Journalism, ISU: "It seems to me that
education takes meditation, contemplation. It takes seriousness of purpose. It
takes interactive dialogue. And now I think we’re so distracted multitasking
during the day that you see students coming in with iPods and cell phones and
laptops. And, you know, we have professors who are putting notices in their
syllabi about inappropriate use of technology during lectures, so I think
that’s a big change. Who would have thought!"
Samaada iPad memberikan
manfaat dalam pendidikan yang lebih tinggi atau malah menjejaskan pendidikan
pelajar, terpulang kepada diri masing-masing bagaimana iPad digunakan.
Referensi:
1.
J; McQuail, D; Schlesinger, P. & Wartella,E. (2004). The
Sage Handbook of Media Studies. Thousand Oaks, London, New Delhi: Sage
Publications.
2.
Iowa
Public Television, The Iowa Journal. (2008, January 31). Technology’s Effect on
Education. http://www.iptv.org/iowajournal/story.cfm/170
No comments:
Post a Comment