Sejak
teknologi telah diaplikasikan dalam pendidikan, cara proses pengajaran dan
pembelajaran telah berubah sepenuhnya. Sekolah, buku teks , guru tidak lagi menjadi sumber dalam mendapat
pengetahuan. Dengan wujudnya teknologi komunikasi, pelbagai produk media telah
dapat dihasilkan . Conthnya seperti filem, TV program, maklumat dalam internet
dan sebagainya. Medium yang biasanya
digunakan oleh semua orang adalah melalui menonton filem dan rancangan TV yang
dihasilkan.
Thursday, 29 November 2012
Saturday, 24 November 2012
TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN PERTANIAN
By Nur Shafikah binti Khairul Anuar
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Topik yang akan diketengahkan oleh saya dalam entri ini adalah berkaitan teknologi komunikasi dan peranannya dalam pendidikan pertanian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Topik yang akan diketengahkan oleh saya dalam entri ini adalah berkaitan teknologi komunikasi dan peranannya dalam pendidikan pertanian.
Apa itu pertanian?
Sebelum
menelusuri lebih jauh mengenai teknologi komunikasi dalam pendidikan pertanian
eloklah kiranya kita melihat dahulu definisi pertanian. Pertanian merupakan satu
jenis produksi yang berlandaskan kepada pertumbuhan tanaman, haiwan mahupun
ikan. Dalam konteks yang lebih luas pertanian merupakan satu bentuk pengelolaan
tanaman, haiwan serta tumbuhan agar memberikan sesuatu hasil mahupun produk.
Televisyen (TV) sebagai media pengajaran
By Chong Kit Yeng
Berdasarkan Wawasan 2020 yang diumumkan
pada tahun 1991, kita mendapati bahawa terdapat sembilan cabaran telah
diutarakan dalam falsafah pendidikan negara dan cabaran yang ke enam adalah
menekankan teknologi perlu diutamakan dalam pendidikan. Apabila kita tinjau
kembali sejarah kita, di Malaysia kepentingan teknologi pendidikan di institusi
pendidikan telah mula diperdebatkan sejak tahun 1970-an lagi (Yusup, 1998). Adakah masyarakat
pendidikan masa kini dapat menerima budaya teknologi pendidikan ini dan apakah
kesannya terhadap sistem pendidikan yang terdapat di negara kita?
Monday, 19 November 2012
Teknologi Pendidikan untuk kanak-kanak Sindrom Down

BY Nor Amirah Ayuni Binti Abdul Halim
Apa itu Sindrom down?
Sindrom Down atau trisomy
21 merupakan kecacatan
genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down,
doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan
oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sindrom Down
dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran
kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Selain itu, Sindrom Down biasanya dikenal
pasti semasa kelahiran.
Printing Press dan Pendidikan

By Foo Yong Soon
Selalunya kita dapat pelbagai informasi dari sfera awam yang kata, teknologi membawa satu evolusi informasi kepada masyarakat. Keadaan ini membawa impak yang besar ataupun kemajuan terhadap bidang pendidikan. Biasanya orang ramai akan menghubungkaitkan teknologi dan pendidikan dengan memberi contoh seperti E-learning, E-library dan sebagainya. Tetapi, contoh-contoh yang diberikan sebenarnya hubungkait antara media massa dengan pendidikan. Menurut Jacques Ellul(1970), media massa merupakan satu teknologi transformasi yang besar dan komplek terhadap masyarakat. Menurut Dominick, (2011), pembangunan tidak wujud tanpa media massa. Menurut Balit(1988),media massa tidak wujud tanpa teknologi. Oleh itu, teknologi bukannya media massa. Maka,contoh-contoh yang diberi tidak dapat secara langsung dan jelasnya untuk menunjuk hubungkait teknologi dan pendidikan.
Wednesday, 14 November 2012
Teknologi Komunikasi dan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
By Patricia Lee
Apakah PJJ?
Selaras dengan
kemajuan teknologi maklumat pada era ke-21, pendekatan kepada pendidikan dan
cara proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan turut telah
mengalami perubahan yang besar. Salah satu bentuk pendidikan yang muncul akibat
perkembangan dan transformasi dalam teknologi
komunikasi ialah pendidikan jarak jauh (PJJ), atau juga dikenali sebagai distance learning.
komunikasi ialah pendidikan jarak jauh (PJJ), atau juga dikenali sebagai distance learning.
Apakah PJJ?
Menurut Moore (1989), PJJ adalah “the separation between learner and teacher, such that the
communication between the two is necessary in the educational transition is
transmitted through print, broadcasting, telecommunications media,
correspondence instruction through the mail, audio and video recording,
computers, and various combinations and variations of these.” Walaupun PJJ
merupakan suatu fenomena yang agak baru, terutamanya dalam konteks negara
Malaysia, namun jumlah pelajar yang memilih untuk melanjutkan pelajaran
tertiari mereka secara tidak formal ini kian meningkat setiap tahun. Sehingga
hari ini, antara negara-negara lain yang menawarkan persekitaran open learning ialah Australia, Kanada,
Amerika Syarikat dan Thailand.
TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM KALANGAN WARGA EMAS
BY
: NOOR SALIZA BINTI MUSTAFA
Menuju era globalisasi ini, teknologi
sudah menjadi satu wadah yang wajib bagi semua golongan tidak kira sama ada
yang muda ataupun yang tua. Apa apa yang berkaitan dengan kehidupan pasti akan
dikaitkan dengan teknologi waima cara untuk memasak nasi juga sudah menggunakan
teknologi. Mahu tidak mahu, kita terpaksa untuk ‘berjuang’ bersama sama dalam
memahami apa yang disebut sebagai teknologi. Pada post kali ini saya akan cuba
merungkai sedikit sebanyak mengenai teknologi pendidikan dalam kalangan warga
emas. Warga emas merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas
seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing
di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Friday, 9 November 2012
Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Kalangan Kanak-Kanak Melalui Media
By Vivien U-Tisanonth
Seperti
yang kita tahu, Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan amat
diperlukan dalam masyarakat masa kini. Kebanyakan kanak-kanak hari ini juga
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, terutamanya kanak-kanak yang berada di
bandar.
Ibu
bapa masa kini selain memupuk anak mereka belajar bahasa asing, malah juga
berusaha untuk memperkukuhkan tahap Bahasa Inggeris anak mereka melalui
pelbagai cara seperti menghantar anak mereka ke pusat tuisyen, menambahkan bahan
bacaan Bahasa Inggeris, dan sebagainya. Namun, sesetengah waris yang juga akan
mengabaikan kewujudan media yang sebenarnya boleh membantu mempertingkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
ICT dan Pendidikan dalam PPPM 2013-2025
By Lee Kwan Shen
Daripada kajian KPM, didapati 80 peratus guru yang
menggunakan ICT dalam pengajaran kurang daripada 1 jam seminggu pada tahun
2010. UNESCO telah menyatakan bahawa ICT mempunyai potensi yang besar dalam
memacu pelajaran dan pengajaran. Tetapi, adakah ICT betul-betul dapat
meningkatkan proses pengajaran dalam bilik darjah atau dalam sekolah?
Dalam “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025”, terdapat 11 anjakan yang telah dikemukakan. Anjakan ketujuh iaitu memanfaatkan
ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Untuk mengurangkan
jurang digital yang berlaku antara pelajar di bandar dengan di luar bandar, kerajaan
ingin mengambil langkah dalam menambahbaikkan sistem pendidikan. Salah satu
langkah iaitu menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar
dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital. Hal
ini adalah baik terhadap negara supaya menjadi sebuah
Sunday, 4 November 2012
iPad sebagai teknologi komunikasi baru dalam proses belajar mengajar
By Raisa
Mengupas sekilas mengenai sejarah teknologi
komunikasi, ianya tercipta sejak komunikasi antarabangsa pada masa empayar –
dari empayar Persia, Yunani, Roma hingga British – berkembang. Penggunaannya
bukan hanya bertujuan untuk militeri dan perniagaan sahaja, tetapi juga digunakan
dalam pendidikan.
Internet, World
Wide Web, dan email adalah media digital yang paling penting saat ini
(Dijk,2004). Pengumpulan tugasan bagi pelajar dan proses pemarkahan tugasan
bagi pensyarah dilangsungkan dengan menggunakan teknologi komunikasi internet
dan bantuan medium komputer dan email. Bahan-bahan topik kuliah boleh diambil di
website seperti e-learning, informasi mengenai edukasi
Subscribe to:
Posts (Atom)