Sunday 4 November 2012

iPad sebagai teknologi komunikasi baru dalam proses belajar mengajar

      By  Raisa

Mengupas sekilas mengenai sejarah teknologi komunikasi, ianya tercipta sejak komunikasi antarabangsa pada masa empayar – dari empayar Persia, Yunani, Roma hingga British – berkembang. Penggunaannya bukan hanya bertujuan untuk militeri dan perniagaan sahaja, tetapi juga digunakan dalam pendidikan.
Internet, World Wide Web, dan email adalah media digital yang paling penting saat ini (Dijk,2004). Pengumpulan tugasan bagi pelajar dan proses pemarkahan tugasan bagi pensyarah dilangsungkan dengan menggunakan teknologi komunikasi internet dan bantuan medium komputer dan email. Bahan-bahan topik kuliah boleh diambil di website seperti e-learning, informasi mengenai edukasi
lainnya boleh di dapat dengan menggunakan fingertips manusia. Ya, semudah itu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Dengan penggunaan komunikasi teknologi ini, pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah bila-bila masa untuk bertanya mengenai perkara yang pelajar ingin tanyakan.
Perkembangan teknologi komunikasi masih terjadi sampai sekarang. Hal ini boleh dilihat dari jenama dan jenis komputer yang digunakan pada masa highschool dulu dan universiti sekarang. Ianya berbeza. Komputer Acer sangat popular dalam pembelajaran di kalangan remaja pada akhir tahun 90an, awal tahun 2000. Hampir seluruh komputer yang digunakan di sekolah di dominasi oleh brand ini disebabkan kerana pengoperasian komputer PC Acer yang menggunakan windows memudahkan pelajar pada masa itu.
Komputer PC dan Internet adalah dua benda vital bagi pelajar masa kini. Setiap hari pelajar memerlukannya untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan sekolah dan berkomunikasi dengan rakan group. Paling tidak itu yang telah diakui Aida Mahalley, seorang pelajar komunikasi tahun akhir sekaligus pengguna teknologi komunikasi yang aktif sejak elementary. Namun sekarang, komputer perlahan-lahan mulai digantikan oleh satu teknologi komunikasi baru jenama Apple iaitu iPad. Menurut Jan Van Dijk, jarang ada teknologi komunikasi yang baru seutuhnya. Biasanya mereka menggabungkan karakteristik dari teknologi sebelumnya (Dijk, 2004). iPad adalah gabungan dari pada komputer dan tablet yang bermakna papan, buku catatan atau buku nota (tablet computer).
Keuntungan utama yang boleh didapat daripada iPad iaitu tingkat portabelitasnya yang tinggi. iPad dapat di bawa kemanapun, samaada dipegang atau diselipkan kedalam beg. Berat iPad yang kurang dari setengah berat notebook PC biasa membuatnya disukai pelajar. Pelajar dengan mudah melayari google tanpa harus menunggu komputer atau laptop PC biasa untuk dibangunkan dari “tidur”. Selain itu pelajar boleh menggunakan aplikasi menarik Apple sebelum pelajaran bermula atau selama menunggu pensyarah. Aplikasi-aplikasi ini bukan hanya sekadar game biasa. Banyak aplikasi daripada Apple yang berbentuk quiz sehingga secara tidak langsung pelajar juga belajar sambil mereka bermain. Aplikasi jenis “research library” juga tersedia seperti Goldman Sachs, Morgan Stanley Research, BofAML Research Library, Barclays Capital Research dan lain-lain. Keuntungan iPad lainnya untuk pelajar iaitu, barangan ini tidak tertular virus dan worm dari perangakat lain sehingga pelajar tidak perlu takut data pelajaran yang hilang kerana terserang virus.
iPad telah mendatangkan keuntungan bagi sistem pendidikan moden. Pensyarah di universiti khususnya, dapat menyimpan bahan-bahan kuliah didalam iPad. Sebagai pengganti nota yang tidak praktis, pensyarah boleh menggunakan iPad sebagai guidance selama kuliah. Melalui observasi, pernyataan diatas memang betul. Dijumpai beberapa pensyarah komunikasi Universiti Sains Malaysia yang telah menggunakan iPad selama proses belajar mengajar.
Teknologi komunikasi akan terus berubah menjadi semakin canggih. Contoh: keluarnya iPad generasi pertama pada bulan Mac 2011. Beberapa bulan selepas itu, generasi kedua diperkenalkan dipasaran dan dalam masa satu tahun, tepatnya tahun 2012, iPad generasi paling akhir di release. Namun, adakah dampak negatif daripada iPad dalam dunia pendidikan khususnya bagi pelajar? Tentu saja ada. Dalam wawancara, Aida Mahalley mengakui memang ada kesan buruknya antara lain, membuka aplikasi Apple atau browsing di iPad untuk tujuan bermain semasa kuliah dijalankan sehingga dapat menganggu konsentrasi belajar. Mempunyai opini yang berbeza, Junwon Myung, seorang pelajar Kyung Ki University dari Korea yang mengikuti program pertukaran pelajar di USM, mengakui, sejauh ini belum ada dampak negatif yang dihasilkan iPad dalam pendidikannya. Justeru beliau mengakui tidak bisa menjalankan aktifiti kuliah tanpa iPad.
Dalam observasi random yang dijalankan, beberapa kali seorang pelajar USM yang mempunyai iPad (orang yang sama, kuliah yang berbeza) dijumpai bermain game di dalam bilik kuliah sebelum pensyarah datang. Pelajar USM lain pula dijumpai melayari facebook selama kuliah berlangsung dan lagi satu pelajar USM melayari google untuk mencari maklamat mengenai topik yang berkaitan dengan kuliah, lalu mengunjungi facebook selama kuliah. Disini boleh kita lihat bahawa peranan iPad masih tidak digunakan secara maksimal dalam edukasi.

 Michael Bugeja, Director, Greenlee School of Journalism, ISU: "It seems to me that education takes meditation, contemplation. It takes seriousness of purpose. It takes interactive dialogue. And now I think we’re so distracted multitasking during the day that you see students coming in with iPods and cell phones and laptops. And, you know, we have professors who are putting notices in their syllabi about inappropriate use of technology during lectures, so I think that’s a big change. Who would have thought!"

Samaada iPad memberikan manfaat dalam pendidikan yang lebih tinggi atau malah menjejaskan pendidikan pelajar, terpulang kepada diri masing-masing bagaimana iPad digunakan.

Referensi:

1.      J; McQuail, D; Schlesinger, P. & Wartella,E. (2004). The Sage Handbook of Media Studies. Thousand Oaks, London, New Delhi: Sage Publications.

2.      Iowa Public Television, The Iowa Journal. (2008, January 31). Technology’s Effect on Education. http://www.iptv.org/iowajournal/story.cfm/170


                                                                                                    


                        


No comments:

Post a Comment