Monday 19 November 2012

Teknologi Pendidikan untuk kanak-kanak Sindrom Down


BY Nor Amirah Ayuni Binti Abdul Halim


Apa itu Sindrom down?
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Selain itu, Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.

Printing Press dan Pendidikan




By Foo Yong Soon

Selalunya kita dapat pelbagai informasi dari sfera awam yang kata, teknologi membawa satu evolusi informasi kepada masyarakat. Keadaan ini membawa impak yang besar ataupun kemajuan terhadap bidang pendidikan. Biasanya orang ramai akan menghubungkaitkan teknologi dan pendidikan dengan memberi contoh seperti E-learning, E-library dan sebagainya. Tetapi, contoh-contoh yang diberikan sebenarnya hubungkait antara media massa dengan pendidikan. Menurut Jacques Ellul(1970), media massa merupakan satu teknologi transformasi yang besar dan komplek terhadap masyarakat. Menurut Dominick, (2011), pembangunan tidak wujud tanpa media massa. Menurut Balit(1988),media massa tidak wujud tanpa teknologi. Oleh itu, teknologi bukannya media massa. Maka,contoh-contoh yang diberi tidak dapat secara langsung dan jelasnya untuk menunjuk hubungkait teknologi dan pendidikan.