Wednesday 14 November 2012

Teknologi Komunikasi dan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

    By  Patricia Lee

Selaras dengan kemajuan teknologi maklumat pada era ke-21, pendekatan kepada pendidikan dan cara proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan turut telah mengalami perubahan yang besar. Salah satu bentuk pendidikan yang muncul akibat perkembangan dan transformasi dalam teknologi
komunikasi ialah pendidikan jarak jauh (PJJ), atau juga dikenali sebagai distance learning.

Apakah PJJ?
Menurut Moore (1989), PJJ adalah “the separation between learner and teacher, such that the communication between the two is necessary in the educational transition is transmitted through print, broadcasting, telecommunications media, correspondence instruction through the mail, audio and video recording, computers, and various combinations and variations of these.” Walaupun PJJ merupakan suatu fenomena yang agak baru, terutamanya dalam konteks negara Malaysia, namun jumlah pelajar yang memilih untuk melanjutkan pelajaran tertiari mereka secara tidak formal ini kian meningkat setiap tahun. Sehingga hari ini, antara negara-negara lain yang menawarkan persekitaran open learning ialah Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan Thailand.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM KALANGAN WARGA EMAS


BY : NOOR SALIZA BINTI MUSTAFA

Menuju era globalisasi ini, teknologi sudah menjadi satu wadah yang wajib bagi semua golongan tidak kira sama ada yang muda ataupun yang tua. Apa apa yang berkaitan dengan kehidupan pasti akan dikaitkan dengan teknologi waima cara untuk memasak nasi juga sudah menggunakan teknologi. Mahu tidak mahu, kita terpaksa untuk ‘berjuang’ bersama sama dalam memahami apa yang disebut sebagai teknologi. Pada post kali ini saya akan cuba merungkai sedikit sebanyak mengenai teknologi pendidikan dalam kalangan warga emas. Warga emas merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam  United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN.