Wednesday 14 November 2012

Teknologi Komunikasi dan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

    By  Patricia Lee

Selaras dengan kemajuan teknologi maklumat pada era ke-21, pendekatan kepada pendidikan dan cara proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan turut telah mengalami perubahan yang besar. Salah satu bentuk pendidikan yang muncul akibat perkembangan dan transformasi dalam teknologi
komunikasi ialah pendidikan jarak jauh (PJJ), atau juga dikenali sebagai distance learning.

Apakah PJJ?
Menurut Moore (1989), PJJ adalah “the separation between learner and teacher, such that the communication between the two is necessary in the educational transition is transmitted through print, broadcasting, telecommunications media, correspondence instruction through the mail, audio and video recording, computers, and various combinations and variations of these.” Walaupun PJJ merupakan suatu fenomena yang agak baru, terutamanya dalam konteks negara Malaysia, namun jumlah pelajar yang memilih untuk melanjutkan pelajaran tertiari mereka secara tidak formal ini kian meningkat setiap tahun. Sehingga hari ini, antara negara-negara lain yang menawarkan persekitaran open learning ialah Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan Thailand.



Kemunculan & Perkembangan PJJ
Di Malaysia, kemunculan PJJ berlaku disebabkan keterhadan kapasiti institusi pengajian tinggi dalam menempatkan kesemua pelajar yang mendaftar. Selain itu, berlandaskan visi Wawasan 2020 yang mempunyai misi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sekurang-kurangnya 30% daripada populasi negara disasarkan untuk mendaftarkan diri mereka dalam insititusi pengajian tinggi. Namun, sehingga tahun 1996, hanya 7% daripada rakyat kita (kohort umur 19-24) sahaja yang berbuat demikian (Silong et. Al., 1996). Tidak dapat dinafikan bahawa seiring dengan kemunculan dan perkembangan teknologi komunikasi dalam dunia yang sudah begitu biasa dengan pengaliran dan penukaran informasi tanpa sekatan, pendidikan turut menjadi suatu komoditi yang boleh diperdagangkan dalam pasaran antarabangsa. Fenomena globalisasi mampu merobohkan dinding yang telah sebelum ini menghalang seseorang daripada meneruskan pengajian mereka gara-gara sekatan geografi, ekonomi dan sosial.

PJJ dalam Era Informasi Digital
Seperti yang telah diutarakan di atas, pendidikan pada abad ke-21 memang telah mengalami perubahan yang dramatik. Dari pendidikan konvensional dalam bilik darjah, kini proses P&P tidak lagi memerlukan papan hitam mahupun suatu ruang yang tetap. “Papan Tidak Lagi Hitam” yang merupakan tajuk blog kami sememangnya mencerminkan bagaimana pendidikan pada hari ini tidak lagi perlu bergantung kepada sekadar papan hitam.
Antara perkara yang telah mendorong perubahan proses pembelajaran ini adalah kemunculan dan perkembangan alat-alat komunikasi yang banyak digunakan dalam P&P PJJ. Penggunaan alat-alat komunikasi tersebut telah mengalakkan pembelajaran bawah ke atas (bottom to up). Dalam erti kata lain, pembelajaran kini menjadi lebih interaktif dan bukan tertakluk kepada pengaliran informasi dari profesor ke pelajar semata-mata.
Dalam artikel Mary Oakes Smith, beliau mengatakan :

“Learning becomes an interactive process, where the learner guided by the profesor as tutor and facilitator, initiates the learning process, gaining direct access to various sources of information through the use of the new technology tools.”
Antara alat-alat komunikasi media yang menyokong pelaksanan PJJ adalah (mengikut kategori):

Media cetak:
-Booklets
-Poster
-Newsprint

Television :
-Kaset video
-Kurses talian (telecourses)

Audio/Media Visual :

-Telefon dan fax
-Radio, Penyiaran Microwave
-Kaset audio

Komputer/Internet :
-E-mel
-Akses kepada World Wide Web
-Perisian program/CD ROM

Media Penghantaran Satelit :

-Radio/televisyen digital
-Video/Teleconferencing
[Sumber : Mary Oakes Smith; Open and Distance Learning in the Twenty First Century; Towards Visualisation Open and Distance Learning]
Kemunculan teknologi turut telah membuka ruang bagi generasi baru PJJ dengan menggunakan mel suara, e-mel, teleconferencing dan telekomunikasi bersepadu berasaskan komputer (computer-based integrated telecommunications) serta teknologi multimedia (Idrus, 1997). Hubungan rapat antara pelajar PJJ (distance learner) dengan teknologi komunikasi memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan sesi pembelajaran mereka tanpa perlu disekat oleh masa dan ruang.

Kepincangan dalam PJJ
Objektif menggunakan teknologi komunikasi dalam PJJ perlu jelas.
“…is it (technology) used to produce distance learning materials of demonstrable excellence or are the technologies used as merely transmitting tools? There is now a trend to utilise technology as a tool of convenience without any maximisation of its pedagogical potential. Other than that , there is also a more serious intrusion into the distance learner in that these technologies are putting them back into the constraints of space and time…” (Idrus, 1997).
Dari hujahan Idrus, kita sememangnya telah terlepas pandang implikasi kebergantungan teknologi komunikasi secara membabi buta dalam PJJ.
Selain itu, autonomi pelajar (learner autonomy) juga boleh dikompromasi . Merurut Moore (1972), semakin besar jurang kognitif (transactional distance) antara pelajar dan pensyarah, lebih banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pelajar tersebut dalam pembelajaran jarak jauhnya. Namun, perkara ini tidak sering berlaku dan PJJ telah dikritik kerana rekabentuknya yang mendorong kebergantungan pelajar dan bukannya autonomi pelajar.

“Distance education and open learning programs are predominantly designed for students to be passive recipients of pre-packaged past knowledge (in Kasworm/Yao, 1992, p.1)”
– Moore, 1986.
Untuk mengatasi masalah kepasifan pelajar PJJ, struktur dan modal kursus perlulah kurang rigid dan memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan autonominya dalam proses pembelajaran mereka.

Kesimpulan
Memandangkan PJJ bergantung banyak kepada teknologi komunikasi dalam melaksanakan proses P&P di mana pelajar dan pengajar dipisahkan dalam konteks geografi, kita perlulah menggunakannya secara maksimum supaya kita mendapat manfaat dari setiap aspek positif media tertentu.



Rujukan :
1) Moore, M.G. (1989) Distance Education: A Learner’s System. Lifelong Learning Vol. 12, No.8 pp 8-11.
2) Idrus, R.M. (1997) Information Technology in Distance and Open Learning. Maintaining separation in space and time in distance education. International Conference on Distance and Open Learning, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia, Febuary 27-March 1, 1997.
3) Moore, M. (1993). Theory of transactional distance. In D. Keegan. (ed.) “Theoretical Principles of Distance Education. London: Routledge Press.


No comments:

Post a Comment