Thursday 29 November 2012

KEBENARAN FAKTA SEJARAH DALAM FILEM TROY

  By Lee Zchen Yip
Sejak teknologi telah diaplikasikan dalam pendidikan, cara proses pengajaran dan pembelajaran telah berubah sepenuhnya. Sekolah, buku teks , guru  tidak lagi menjadi sumber dalam mendapat pengetahuan. Dengan wujudnya teknologi komunikasi, pelbagai produk media telah dapat dihasilkan . Conthnya seperti filem, TV program, maklumat dalam internet dan sebagainya.  Medium yang biasanya digunakan oleh semua orang adalah melalui menonton filem dan rancangan TV yang dihasilkan.

Peristiwa sejarah merupakan satu subjek yang membosankan dan sebab itulah filem yang berdasarkan peristiwa sejarah yang sebenarnya sentiasa mendapat sambutan yang kuat. Hal ini kerana kebanyakan orang lebih cenderung mendapat pengetahuan daripada filem jika berbanding dengan membaca buku disebabkan adalah lebih cepat dan mudah diingati. Namun demikian, adakah babak yang ditunjukkan dalam filem memberi maklumat yang benar?

Filem Troy telah dihasilkan pada tahun 2004. Filem ini telah mendapat sambutan yang hebat daripada seluruh dunia. Filem ini adalah diterbitkan berdasarkan Homer's lliad yang menceritakan Trojan War. Filem ini telah menunjukkan punca utama berlakunya Trojan War ialah insiden Paris iaitu, Putera dari Troy telah merampas Helen yang merupakan isteri kepada Raja Menelaus. Selain itu, jalanan seluruh filem adalah dilakukan untuk menyokong dan mengukuhkan punca tersebut supaya penonton percaya dan memahami punca sebenar Trojan War adalah disebabkan insiden perampasan isteri Menelaus.
Namun begitu, punca sebenar berlakunya Trojan War bukanlah disebabkan perampasan isteri, malah peristiwa ini hanya menjadi alasan kepada Agamemnon yang merupakan raja Sparta untuk menakluki Troy. Agamemnon merupakan seorang raja yang ingin menakluki semua kota yang terdapat di Greece.  Namun demikian, beliau tidak mempunyai alsoan yang kukuh untuk bertindak kerana Troy dipercayai "undefeatable". Dengan insiden ini, beliau mempunyai alasan yang kukuh dan telah mengarahkan semua kota yang telah ditakluk untuk menghantar sokongan.

Di sampinng itu, dalam filem ini , Achilles yang dilakon oleh Brad Pitt telah mati akibat ditembak panah . Peristiwa ini memang dicatat dalam sejarah dan telah berjaya disampaikan kepada penonton. Namun begitu, masih lagi terdapat kesalahan fata tentang kematian Achilles. Tanpa sebarang keraguan, Achilles memang mati dalam Trojan War , tetapi masa telah salah dalam filem Troy.. Sebenarnya, Achilles telah mati sebelum Sparta memberi Trojan Horse kepada Troy. Manakala, dalam filem tersebut, Achilles telah mati selepas Trojan Horse telah berjaya dibawa masuk ke kota Troy dan sehingga Sparta menakluki Troy.
Insiden ini berlaku kerana Brad Pitt merupakan watak utama dan daya tarikan utama filem ini. Jika filem ini dilakukan mengikut kronologi perisitwa,  Achilles akan mati pada separuh filem. Hal ini akan banyak menjejaskan 'box office' dan mengalami kerugian. Selain itu, Brad Pitt adalah sangat popular dan  watak utama  tidak akan mati atau hilang pada separuh filem. Dengan ini, pengarah filem telah bertindak mengubah kronologi peristiwa bagi mencapai matlamat komersial ini.

 Fenomena memalsukan kebenaran fakta bukanlah sesuatu yang bar dalam bidang filem. Malah, ia telah berlaku sejak lama lagi. Namun begitu, akibat daripada globasisai, masalah ini bertambah serius. Hal ini kerana pengeluar filem akan mengeluarkan filem yang dapat diterima oleh semua orang.. Dengan ini, mereka akan mendapat  keuntungan yang besar.
Selain itu, masalah monopoli juga memberi "sumbangan" dalam masalah ini. Syarikat pembikin filem yang besar seperti Disney, 20th century, Universal Studio, DreamWorks, Warner Brothers dan sebagainya telah menyebabkan syarikat-syarikat kecil gagal bersaing dengan mereka. Dengan ini, penonton tidak mempunyai pilihan yang banyak sebenarnya kerana filem yang kita biasanya kita tonton adalah dari syarikat-syarikat  besar.

Tindakan penerbit tidak memaparkan sebab sebenar adalah tidak relevan dari segi akdemik. Hal ini kerana penonton tidak akan sedar tentang punca sebenar berlakunya insiden ini jika tidak membaca buku sejarah. Apa yang penting bukanya betul atau salah tindakan pengeluar filem, tetapi mengapakah penerbit sanggup menyembunyikan kebenaran? Sebab yang menjelaskan tindakan ini adalah peristiwa yang berkaitan dengan soal percintaan lebih menarik dan lebih mudah diterima oleh penonton. Dengan ini, filem ini boleh mendapat sambutan yang banyak dan mendatangkan keuntungan

Troy-Achilles- beach battle scene & 
Troy trailer        












                                     

   

No comments:

Post a Comment