Saturday 24 November 2012

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN PERTANIAN

By Nur Shafikah binti Khairul Anuar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Topik yang akan diketengahkan oleh saya dalam entri ini adalah berkaitan teknologi komunikasi dan peranannya dalam pendidikan pertanian.
Apa itu pertanian?
Sebelum menelusuri lebih jauh mengenai teknologi komunikasi dalam pendidikan pertanian eloklah kiranya kita melihat dahulu definisi pertanian. Pertanian merupakan satu jenis produksi yang berlandaskan kepada pertumbuhan tanaman, haiwan mahupun ikan. Dalam konteks yang lebih luas pertanian merupakan satu bentuk pengelolaan tanaman, haiwan serta tumbuhan agar memberikan sesuatu hasil mahupun produk.
Diringkaskan pertanian merupakan pengelolaan tanaman dan lingkungannya supaya memberikan suatu produk. Pertanian sudah lama wujud sejak zaman neolitik lagi sejak manusia mula belajar bercucuk tanam dan menternak binatang. Pertanian juga dibahagikan kepada empat tempoh pengembangan :
           1) Pemburu dan pengumpul
           2) Pertanian primitif
           3) Pertanian tradisional
           4) Pertanian progresif atau moden
Pertanian di Malaysia juga telah bermula sekian lama dan merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menginjakkan lagi sistem pertanian di negara kita dan antaranya melalui pendidikan yang dibantu oleh teknologi komunikasi.

                                        
Apakah teknologi komunikasi?
Teknologi komunikasi merupakan satu sistem elektronik atau “hardware” dalam menghubungkan antara satu individu kepada individu yang lain atau kepada sekumpulan manusia. Teknologi komunikasi ini sebenarnya banyak membantu manusia dalam pelbagai urusan dan juga memudahkan perhubungan. Teknologi komunikasi ini memberikan satu bentuk informasi kepada manusia untuk mengetahui sesuatu dalam usaha menyampaikan sesuatu hal atau sewaktu dengannya. Teknologi komunikasi juga menekankan bagaimana sesuatu mesej itu disalurkan, disampaikan, disebarkan ke tempat tujuan.

                                    
Pendidikan pertanian
Dewasa ini, pertanian dilihat banyak membantu dan sudah dikomersialkan. Pendidikan pertanian bagi para petani sudah semakin pesat dijalankan. Akibat daripada pengembangan ini mengakibatkan kemunculan ramai petani moden. Pendidikan merupakan sesuatu yang penting dalam memberikan pengetahuan kepada para petani dalam meningkatkan penghasilan sesuatu tanaman atau pertenakan mereka. Pendidikan pertanian sudah lama wujud sejak dari zaman dahulu apabila sesuatu pengetahuan tentang pertanian diturunkan daripada mereka terdahulu atau mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai bidang tersebut. Melalui pendidikan ini mereka lebih mengetahui tentang kaedah penanaman,penyemaian dan sebagainya. Namun bagi mereka yang lebih kreatif mereka akan mengubahsuai atau menambah baik kaedah-kaedah, hasil pertanian dan cara pemasaran. Cara penyampaian maklumat kepada petani-petani ini juga sudah dikategorikan sebagai komunikasi. Hasil daripada kreativiti para petani bagi memperolehi hasil yang diinginkan.

                                                      

Teknologi komunikasi dan pendidikan pertanian
Jadi, secara natijahnya, teknologi komunikasi merupakan antara medium yang tepat dalam menyampaikan sesuatu informasi kepada para petani kini. Teknologi seperti, internet, televisyen, radio, dan majalah antara medium yang sering digunakan kini. Seperti program televisyen dan dokumentari antara yang menjadi saluran dalam menyampaikan informasi tersebut. Program televisyen seperti National Geographic, Majalah Tiga, Panorama dan sebagainya merupakan antara majalah televisyen dalam penyampaian maklumat. Begitu juga radio dan majalah mempunyai segmen-segmen khas yang di taja atau atau bahagian khas bagi pertanian. Hal ini sedikit sebanyak membantu para petani atau bakal petani diluar sana. Tidak dilupa juga bagi masyarakat unutk mendapatkan maklumat. Internet pula dilihat sebagai medium pengembangan bagi pendidikan pertanian yang paling meluas. Saluran laman web seperti MARDI, FAMA, FELDA, FELCRA telah memberi banyak informasi kepada mereka yang ingin bergelar petani atau meningkatkan lagi cara pertanian mereka dalam pelbagai aspek. Melalui laman web mereka telah memuatnaik pelbagai maklumat dan usaha terkini yang dilakukan oleh mereka dalam membantu para petani. Apabila para petani memperoleh pengetahuan ini akan membolehkan mereka untuk kekal bersaing dan secara tidak langsung menbantu system ekonomi negara.

                                              
Kesimpulan
Secara konklusi, teknologi komunikasi banyak memberi impak dalam bidang pertanian khususnya pendidikan pertanian. Hal ini, telah membantu para petani untuk sentiasa menyiapkan diri mereka mengenai kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan. Kita mungkin tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan mungkin lebih banyak kemunculan teknologi komunikasi dan seterusnya bukan sekadar membantu dalam bidang pertanian namun juga bidang-bidang penting yang lain.
P/S: farming is not just a job but it’s a way of life



Rujukan:
Pembangunan pertanian: paradigma kebijakan dan strategi revitalisasi,Bustanul Arifin, Bustanul dan Didik, 2005

No comments:

Post a Comment