Saturday 24 November 2012

Televisyen (TV) sebagai media pengajaran

By Chong Kit Yeng


            Berdasarkan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991, kita mendapati bahawa terdapat sembilan cabaran telah diutarakan dalam falsafah pendidikan negara dan cabaran yang ke enam adalah menekankan teknologi perlu diutamakan dalam pendidikan. Apabila kita tinjau kembali sejarah kita, di Malaysia kepentingan teknologi pendidikan di institusi pendidikan telah mula diperdebatkan sejak tahun 1970-an lagi (Yusup, 1998). Adakah masyarakat pendidikan masa kini dapat menerima budaya teknologi pendidikan ini dan apakah kesannya terhadap sistem pendidikan yang terdapat di negara kita?


Apa yang boleh dimaksudkan dengan media pengajaran? Media pengajaran merupakan peralatan perkakasan dan bahan media yang telah dikenal pasti dipilih, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran contohnya Televisyen (TV).Zaman antara 1970-1979 dipengaruhi oleh perkembangan media komunikasi atau media sebaran seperti radio dan televisyen. Tahun 1972 menyaksikan satu perkembangan yang sangat penting dalam sejarah perkembangan awal teknologi pendidikan di Malaysia. Pada tahun ini Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk menyelaras dan memantapkan perkhidmatan alat pandang dengar dan media komunikasi atau media sebaran am seperti televisyen ke sekolah-sekolah dan maktab-maktab pengurusan. Tiga unit utama iaitu Unit APD, Unit Radio Pendidikan dan Unit TV pendidikan telah diletakkan di bawah satu bahagian Kementerian Pendidikan( Kementerian Pelajaran Malaysia) iaitu bahagian PSP. Seterusnya siaran TV pendidikan telah mula dilancarkan pada tahun 1972 serentak dengan penubuhan PSP. Pada peringakat permulaan hanya enam siri program TV disiarkan dan sebanyak 500 peti televisyen telah dibekalkan ke sekolah-sekolah menengah pada peringkat awal (Nurudin, 1978). Akhirnya bilangan televisyen yang dibekalkan oleh kerajaan semakin meningkat sehinngga 5500 set televisyen telah dibekalkan ke sekolah menengah dan rendah di semenanjung Malaysia, 900 set di sabah dan 1225 set di sarawak (George.V.V, 27 oktober 1980).
Secara keseluruhan, kita mendapati bahawa betapa pentingnya TV program digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Televisyen boleh memberi kesan yang positif kepada pelajar kerana televisyen menggunakan kedua-dua deria iaitu penglihatan dan pendengaran. Penggunaan kedua-dua pancaindera mata dan telinga menerusi penglihatan dan pendengaran boleh menguatkan lagi keupayaan seseorang pelajar itu memahami konsep pembelajaran dengan cara yang lebih menarik dan mudah. Menurut Drs Darwanto menyatakan bahawa sifat audio visual yang dimiliki televisyen, menjadikan televisyen sangat pragmatik, sehingga mudah mempengaruhi penonton dalam hal: sikap, tingkah laku dan pola berfikirnya (Darwanto, 2007).kebaikan-kebaikan TV digunakan sebagai media pengajaran adalah seperti berikut:
  1.       Adalah berfungsi langsung dan nyata.
  2.      Dapat meluaskan tinjaun kelas.
  3.     Dapat menciptakan kembali semua peristiwa yang lalu.
  4.      Dapat menarik perhatian penonton
  5.      Mampu memberi bantuan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran 
  6.      Mampu membawa sumber-sumber yang ada dalam kalangan masyarakat ke dalam kelas
Contohnya pemancaran rancangan TV Pendidikan di ASTRO memang ada nilai tambahnya terutamanya kepada pelajar bukan sahaja tentang ilmu yang terdapat dalam kandungan kurikulum, malah dapat menambah ilmu pengetahuan dengan menonton rancangan-rancangan berunsur pendidikan seperti National Geography, Discovery dan rancangan Animal Planet.
Secara langsungnya kerajaan telah memainkan peranan yang penting iaitu berusaha mempelbagai dan mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat sekolah dengan  melalui penerbitan TV pendidikan yang elah menelan berjuta-juta ringgit setiap tahun. 
            Namun demikian, masih terdapat banyak kajian lepas menyatakan bahawa masih terdapat banyak sekolah yang memanfaatkan TV program ini. Antara puncanya adalah seperti berikut:
  1. Kekurangan tenaga pengajar dan ruang belajar   
  2. kegagalan fungsi teknikal peralatan sehinggalah percanggahan waktu dalam jadual persekolahan.  
  3. Kekurangan kemahiran dalam kalagan guru. 
  4. Guru sendiri yang bersikap negatif terhadap teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  5.  Penggunaan TV pendidikan tidak dapat sambutan.
Secara keseluruhannya, apabila kita membincangkan teknologi media dalam pendidikan, kita tidak boleh mengehadkan perbincangan semata-mata kepada apakah kebaikan atau kecanggihan teknologi  itu sahaja. Apa yang kita harus bincangkan ialah apa yang dilakukan oleh media tersebut iaitu teknologinya, kegiatan dan amalan-amalan yang dihasilkan serta susunan dan hubungan sosial yang dilakukan oleh media tersebut. Hal ini kerana, manusia bukan bersifat homogenous dan media TV merupakan komunikasi sehala sahaja. oleh itu ,masyarakat tidak sewenang-wenangnya menyerap semua mesej atau teknologi yang disampaikan oleh media baru,mereka berhak membuat keputusan apalah yang mereka menerima dan menggunakan dalam interaksi harian mereka (Kitzinger, 1991). Selain daripada guru, peranan ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menanam minat anak-anak mereka supaya menggunakan teknologi TV program sebagai alat pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak mereka kerana selain daripada masa pelajaran dalam sekolah adalah masa berada di rumah dan kebanyakan pelajar dari sekolah rendah suka menonton TV di rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadikan model yang baru kepada anak-anaknya bah perkata “melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Bibliography

Darwanto, S. (2007). televisi sebagi media pendidikan. yogyakarta: PUSTAKA PELAJAR.
George.V.V, T. A. (27 oktober 1980). Malaysian Experience in Innovation dan Utilisation of Edication Media.
Kitzinger, J. (1991). Understanding ALDS Researching audience perceptions of Acquired Immune Deficiency Syndrome.
Nurudin, J. (1978). The development of Education Media Service in Malaysia 1957-72.
Yusup, H. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd.


No comments:

Post a Comment