Friday 9 November 2012

Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Kalangan Kanak-Kanak Melalui Media

 By  Vivien U-Tisanonth
Seperti yang kita tahu, Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan amat diperlukan dalam masyarakat masa kini. Kebanyakan kanak-kanak hari ini juga berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, terutamanya kanak-kanak yang berada di bandar.
Ibu bapa masa kini selain memupuk anak mereka belajar bahasa asing, malah juga berusaha untuk memperkukuhkan tahap Bahasa Inggeris anak mereka melalui pelbagai cara seperti menghantar anak mereka ke pusat tuisyen, menambahkan bahan bacaan Bahasa Inggeris, dan sebagainya. Namun, sesetengah waris yang juga akan mengabaikan kewujudan media yang sebenarnya boleh membantu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Sekiranya bandingkan pembelajaran Bahasa Inggeris masa kini dengan dahulu, hasil pembelajaran Bahasa Inggeris pada masa kini lebih cemerlang. Hal ini demikian kerana kewujudan media boleh membantu dalam belajar dan memahami bahasa dengan lebih mudah disebabkan wujudnya unsur audio dan vokal. Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kelas didapati agak membosankan dan tidak memadai disebabkan masa pengajaran dan pembelajaran yang terhad di sekolah serta pembelajaran bahasa melalui bahan cetakan seperti buku teks dan majalah juga akan membosankan pelajar. Kini , pembelajaran Bahasa Inggeris melalui media seperti Youtube dan Astro Tutor TV dapat meningkatkan lagi minat pelajar dalam proses pembelajaran. Dengan itu, pelajar dapat belajar dengan lebih mudah dan menarik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Malaysia Kini yang bertarikh 4 November 2011, beliau berkata pelbagai inisiatif baru dan berkesan sedang dijalankan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Menurut beliau lagi, inisiatif yang disebutkan tadi termasuk penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran.

  Kewujudan media seperti televisyen yang boleh dianggap sebagai medium alternative dalam memperolehi maklumat dan ilmu pengetahuan telah menyediakan pelbagai rancangan yang sememangnya mempunyai manfaat dan sebaliknya. Namun, televisyen mampu merangsang pelajar supaya dapat belajar dengan lebih mudah dan efektif dengan program rancangan yang sesuai.

Dalam Berita Harian yang bertarikh 16 Ogos 2010 telah menunjukkan hasil kajian yang berperingkat antarabangsa yang menggambarkan pelajar mampu mengingati sebanyak 50 peratus apabila mereka melihat dan mendengar berbanding 10 hingga 20 peratus apabila hanya  membaca dari buku. Kajian tersebut juga menunjukkan teknologi dapat memberi impak dalam proses pembelajaran yang lebih baik.

Dalam Berita Harian berkenaan berkata Astro Tutor TV dapat meningkatkan minat para pelajar secara efektif kerana rancangan pendidikan yang disediakan adalah bersesuaian dengan persiapan peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM. Menurut pengurus saluran Astro TVIQ, Sharifah Noraidah Syed Ismail, Astro Tutor TV dilancarkan untuk membantu pelajar yang menduduki peperiksaan supaya dapat menguasai dan memahami sukatan dengan lebih mudah. Beliau berkata lagi bahawa subjek yang ditawarkan dalam rancangan tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Tambahan beliau lagi, pelajar boleh mengambil bahagian dalam kuiz dalam rancangan tersebut dengan menekan butang merah melalui alat kawalan jauh. Saluran ini telah menyediakan satu platfom kepada pelajar untuk berinteraksi.

Akhirnya, pembelajaran melalui media sememangnya dapat memberi manfaat kepada para pelajar. Namun, sokongan dari waris juga mustahak dalam memperbaikan proses pembelajaran pelajar.

Ujian Daripada PMR Bahasa Melayu(Astro Tutor TV) 1

                                                                                                

No comments:

Post a Comment