Tuesday 30 October 2012

Teknologi Dalam Pendidikan Kanak-Kanak Disleksia


By Shaidatul Amni Bt Mikidin

Apa itu Disleksia?
Disleksia merupakan satu masalah atau disorder dalam diri seorang kanak-kanak yang telah menerima Pendidikan Biasa. Golongan ini tidak memperoleh kemahiran bahasa, bacaan, menulis, dan ejaan yang setaraf intelek. (World Federation of Neirology, 1968)

3 Jenis Disleksia
  • ·         Diskalkulia : Masalah berkaitan pengiraan atau matematik.
  • ·         Disgrafia : Masalah berkaitan bahasa atau pertuturan.
  • ·         Dispraksia : Masalah yang berkaitan ko-ordinasi motor-mata-tangan.


Ciri-ciri Disleksia
  • ·         Kesukaran untuk mengetatkan tali kasut dan tie.
  • ·         Sering salah ketika memakai kasut.
  • ·         Sangat cemerkap (Clumsy).
  • ·         Sukar untuk melompat.
  • ·         Kesukaran untuk memahami arahan yang diikuti arah (atas,bawah).
  • ·         Sukar untuk melontar, menangkap dan menendang bola.
  • ·         Sukar untuk memahami lebih daripada satu arahan.
  • ·         Sering membuat kesilapan sebutan ketika bertutur.
  • ·         Sukar untuk menyebut multi-syllable words.
  • ·         Sukar untuk menamakan sesuatu objek.
  • ·         Sering keliru antara kiri dan kanan.
  • ·         Kelemahan tangan.
  • ·         Tulisan yang buruk dengan huruf yang sering ditulis terbalik.
  • ·         Sukar untuk menyalin apa yang ditulis di papan hitam/putih.
  • ·         Sukar mengingat hari, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon.
  • ·         Sukar untuk menyatakan masa atau waktu.
  • ·         Keliru antara esok dan semalam.
  • ·         Sukar menghafal urutan hari, bulan atau sifir.
  • ·         Progres pembacaan, penglihatan dan sebutan yang lambat walaupun dengan melihat buku.
  • ·         Keletihan yang berlebihan disebabkan oleh tahap penumpuan yang banyak dan usaha yang diperlukan untuk memperolehi hasil yang sangat sedikit.

Persatuan Disleksia Malaysia
Persatuan ini diterajui oleh Sariah Amin yang bertindak sebagai presiden persatuan. Persatuan ini telah ditubuhkan khas untuk memberikan pendidikan atau pengajaran tanpa tekanan dan saingan dengan pelajar normal yang lebih cepat dalam menerima apa yang diajar oleh guru-guru di dalam kelas. Pusat Disleksia Malaysia (PDM) ditubuhkan pada tahun 1999 dan terdapat sebanyak 9 buah pusat yang telah beroperasi. Salah satu daripadanya terletak di Ampang.  Setiap 5 orang pelajar akan ditempatkan dalam 1 kelas di mana seorang guru akan mengajar 3 subjek (Bahasa Melayu, English dan Matematik) pada kelas yang sama setiap hari. Ini bertujuan untuk menimbulkan kemesraan antara pelajar dan guru supaya mereka lebih selesa untuk belajar. Pembelajaran akan difokuskan kepada auditori (pendengaran), sentuhan dan sebutan. Kanak-kanak disleksia yang mempunyai masalah menulis disebabkan masalah motor halus. Jadi mereka didedahkan dengan permainan praktikal seperti blok dan tanah liat. Guru-guru di PDM ini juga akan mengajar pelajar melalui kaedah blok-blok huruf yang diletakkan di hadapan mereka dan memberikan penjelasan tentang perbezaan huruf-huruf tersebut. Contohnya a dan d, dan p dan b.
Pusat Disleksia Malaysia.

Guru di Pusat Disleksia Malaysia sedang mengajar kanak-kanak disleksia.
Salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan di PDM.
Bahan mengajar yang digunakan.
Teknologi telah mempengaruhi bidang pendidikan kanak-kanak disleksia di mana, guru-guru di PDM ini turut menggunakan animasi interaktif yang dihasilkan oleh www.nessy.comLaman web ini memberikan kemudahan kepada guru-guru dan ibu bapa dalam mengajar kanak-kanak disleksia di mana terdapat permainan yang boleh memperbaiki kelemahan mereka untuk mengeja, mengira dan menyebut. Antara contoh permainan atau game yang terdapat di dalam laman web ini ialah;
  • ·         Nessy Learning Programme : Kemahiran mengeja.
  • ·         Hairy Phonic : Melatih untuk memperbaiki sebutan.
  • ·         Tables of Doom : Mengajar mereka dalam pengiraan.




Selain itu terdapat pelbagai permainan yang boleh mengajar mereka pelbagai perkara lain seperti game Clock Island yang mendidik mereka untuk menyatakan masa dan waktu. Terdapat pelbagai permainan yang boleh merangsang pemikiran dan pemahaman kanak-kanak disleksia terdapat di laman web ini. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh membeli software yang dijual oleh Syarikat Nessy ini dan memuat turun software tersebut ke laptop atau computer mereka.
Malaysia juga turut menghasilkan software yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak disleksia iaitu Perisian Phonics Tutor Software Disleksia Visual. Perisian ini telah dihasilkan oleh Dr Vijayaletchumy Subramaniam yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Perisian ini telah menggunakan 6 kaedah mengeja berteraskan Ortongillingham Phonogram. Ia membantu mencungkil kebolehan dalam aspek berbeza.
Dr. Vijayaletchumi Subramaniam menunjukkan perisian ciptaannya.
Perisian ini telah pun berada di pasaran dengan harga RM250. Perisian ini berbeza dengan perisian yang lain kerana ia dihasilkan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan membolehkan kanak-kanak disleksia lebih mudah faham. Perisian ini juga menggunakan teori Levinson dan ia sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 9 tahun. Perisian ini dicadangkan untuk digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas, Pusat Perkembangan Kurikulum, guru-guru dan ibu bapa.
Kanak-kanak disleksia malangnya masih ramai terdapat di negara kita. Pelbagai masalah atau kekangan yang menyebabkan masalah ini berlaku walaupun teknologi semakin canggih dalam memperbaiki system pendidikan mereka. Salah satu kelemahan bagi system pendidikan kanak-kanak disleksia ini adalah tiada tajaan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan. Segala pembiayaan bagi pendidikan kanak-kanak disleksia ini ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa dengan kadar yuran berjumlah RM450 sebulan. Setakat ini, PDM dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa syarikat korporat.

Ini menimbulkan persoalan dan pertanyaan kepada sesetengah atau segelintir masyarakat. Adakah sistem pendidikan yang sempurna dan teknologi yang canggih hanya mampu diberikan kepada kanak-kanak disleksia yang datang daripada keluarga yang berkemampuan atau berpendapatan tinggi. Memandangkan yuran di sekolah khas amatlah mahal.

Teknologi yang sering dianggap sesuatu perkara yang membawa kepada perubahan yang baik tidaklah selalunya menggambarkan kebaikan itu sendiri. Malahan timbul pelbagai persoalan dan perbandingan mengenai perubahan dan perbezaan yang dibawa oleh arus perkembangan teknologi ini.
Contoh yang paling utama, adalah penerimaan masyarakat mengenai alat teknologi itu sendiri. Adakah kesemua masyarakat memerlukan teknologi? Adakah kesemua masyarakat yang memerlukan teknologi itu memahami alat teknologi itu? Sebagai contoh teknologi dalam pendidikan disleksia ini, tidak kesemua kanak-kanak mampu memahami dan mampu menggunakan alat teknologi yang diperkenalkan dalam memudahkan system pembelajaran mereka. Terdapat kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan komputer dengan baik dan tidak memahami apa yang diberikan oleh alat itu.


Tahap penerimaan sesebuah teknologi itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tahap pengetahuan, taraf ekonomi dan kemudahan fizikal. Seperti yang kita tahu, alat-alat teknologi tidaklah dijual atau diperoleh dengan harga yang murah, ia memerlukan kos yang tinggi. Tambahan pula ia haruslah dikendalikan dengan pemahaman yang mendalam serta kepakaran yang tinggi. Golongan yang tentunya terbeban dengan perkara sebegini adalah golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah terutamanya yang tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman.
Ia mengakibatkan jurang digital atau gap yang sedia ada semakin bertambah. Hanya yang pandai menjadi semakin pandai, manakala yang lembab menjadi semakin lembab. Tambahan lagi, tidak semua teknologi dapat digunakan oleh semua masyarakat yang memerlukan. Ia dipengaruhi oleh tahap informasi masyarakat tersebut dan tahap kebolehgunaan alat teknologi tersebut dalam golongan mereka.
Terdapat beberapa kawasan yang mempunyai bilangan kanak-kanak disleksia tidak diberi pendedahan mengenai alat teknologi yang mungkin boleh membantu mereka dalam pembelajaran. Namun, disebabkan kurangnya pendedahan dan informasi, kanak-kanak tersebut terpaksa menerima kaedah pembelajaran secara biasa. Perkara sebegini haruslah difikirkan sebaik mungkin kerana teknologi tidak selalunya membawa bermacam-macam kebaikan namun juga boleh menyebabkan beberapa golongan semakin terbeban dan ketinggalan.

Sumber –sumber:
4. www.kosmo.com.my (26 September 2012)
6. www.utusan.com.my (15 Ogos 2011)

Bacaan :
1. Technology : Sandra Braman



2 comments:

  1. Assalamualaikum, saya baru menghasilkan app Android (utk tablet dan smartphone) khas utk parents dan guru2 belajar teknik mengajar kanak-kanak disleksia tanpa menggunakan kertas dan pensel. Teknik ini disebut multisensori (pelbagai deria).
    SIlalah kunjungi fb page https://www.facebook.com/Interlid untuk maklumat lanjut. atau http://myvitalvits.blogspot.com/2014/01/bantuan-kemahiran-membaca-untuk-kanak.html

    Saya ingin jemput ibubapa utk mencuba app ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berminat untuk mencuba. Anak saya sudah berumur 12 tahun tetapi saya masih belum dapat pastikan masaalah pembelajaran beliau.

      Delete