Friday 9 November 2012

ICT dan Pendidikan dalam PPPM 2013-2025

By Lee Kwan Shen
Daripada kajian KPM, didapati 80 peratus guru yang menggunakan ICT dalam pengajaran kurang daripada 1 jam seminggu pada tahun 2010. UNESCO telah menyatakan bahawa ICT mempunyai potensi yang besar dalam memacu pelajaran dan pengajaran. Tetapi, adakah ICT betul-betul dapat meningkatkan proses pengajaran dalam bilik darjah atau dalam sekolah?
Dalam “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025”, terdapat 11 anjakan yang telah dikemukakan. Anjakan ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Untuk mengurangkan jurang digital yang berlaku antara pelajar di bandar dengan di luar bandar, kerajaan ingin mengambil langkah dalam menambahbaikkan sistem pendidikan. Salah satu langkah iaitu menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital. Hal ini adalah baik terhadap negara supaya menjadi sebuah
negara yang lebih canggih pada masa depan dengan mendidik pelajar-pelajar menjadi individu yang dapat membantu negara. Tetapi, kerajaan haruslah menetapkan umur yang sesuai untuk membelajari ICT untuk mengelakkan penyalahgunaan teknologi tersebut seperti memain pemainan komputer melalui internet dan lain-lain.
Untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut, pembekalan peralatan ICT kepada sekolah-sekolah adalah penting. Jikalau mendapat peralatan ICT yang tidak dapat berfungsi ia akan menjadikan satu pembaziran. Oleh itu, kerajaan harus memastikan kualiti peralatan yang akan dibeli adalah terbaik dan bukan sekadar membeli peralatan yang kosnya rendah tanpa kualiti produk.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, jangkaan dalam pelaksaan yang adalah mengikut peringkat. Kandungan “ICT dalam pendidikan” telah dibahagikan kepada 3 gelombang. Gelombang pertama yang akan berlaku pada tahun 2013 hingga 2015 dengan tujuan mempertingkatkan asas ICT. Gelombang kedua dijangkakan berjalan pada tahun 2016 hingga 2020 iaitu untuk memperkenal inovasi dalam ICT dan gelombang terakhir dijangka bermula pada tahun 2020 hingga 2025 dengan bertujuan mengekalkan penggunaan meluas sistem ICT yang inovatif. Gelombang-gelombang tersebut agak baik kerana ada mengikut peringkat iaitu ia dilaksakan dari tahap asas supaya setiap pelajar dapat mempunyai kemahiran asas dan seterusnya barulah dapat merangsang inovasi dalam ICT dan menggunakannya dengan luas.

Seorang guru, Choo, daripada sekolah menengah di Pulau Pinang mengatakan bahawa pekerjaan guru-guru sekarang bukan lagi serupa dengan zaman dahulu. Pada masa kini, guru-guru bertanggungjawab menguruskan maklumat, keputusan dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan hal murid-murid melalui komputer. Selain itu, guru-guru harus mengikuti kursus-kursus, berperanan sebagai seorang guru penasihat persatuan dan kelab, dan lain-lain kerja selain daripada mengajar pelajar dalam bilik darjah. Beliau berkata hal ini merupakan satu cabaran dalam pekerjaannya. Mengikut pelan pembangunan pendidikan, kerajaan ingin  meningkatkan perkhimatan internet dalam sekolah-sekolah dengan memperkenalkan “1BestariNet” yang menggantikan “School Net”, telah menawarkan kelajuan internet minimum 4 Mbps terhadap penggunanya. Hal ini dapat meningkatkan kecekapan guru dalam menguruskan data-data dan juga meningkatkan kualiti dalam pelajaran seperti dapat memperoleh elemen-elemen pengajaran dengan senang. Sebaliknya, ia telah meningkatkan kos pembelanjaan kerajaan dan juga wujudnya pembaziran jika tidak digunakan dengan sepenuhnya.
Tidak dinafikan bahawa kegunaan ICT dalam kehidupan kita semakin penting dan ia telah membawa kemudahan terhadap manusia. Sebagai individu yang berinterlek, kita seharusnya menggunakan ICT dengan bijaksana. Kerajaan juga harus membuat sebarang penambahbaikan dengan pandangan makro.


2 comments: