Monday 19 November 2012

Printing Press dan Pendidikan




By Foo Yong Soon

Selalunya kita dapat pelbagai informasi dari sfera awam yang kata, teknologi membawa satu evolusi informasi kepada masyarakat. Keadaan ini membawa impak yang besar ataupun kemajuan terhadap bidang pendidikan. Biasanya orang ramai akan menghubungkaitkan teknologi dan pendidikan dengan memberi contoh seperti E-learning, E-library dan sebagainya. Tetapi, contoh-contoh yang diberikan sebenarnya hubungkait antara media massa dengan pendidikan. Menurut Jacques Ellul(1970), media massa merupakan satu teknologi transformasi yang besar dan komplek terhadap masyarakat. Menurut Dominick, (2011), pembangunan tidak wujud tanpa media massa. Menurut Balit(1988),media massa tidak wujud tanpa teknologi. Oleh itu, teknologi bukannya media massa. Maka,contoh-contoh yang diberi tidak dapat secara langsung dan jelasnya untuk menunjuk hubungkait teknologi dan pendidikan.



Lagipun, adakah teknologi ini betul-betul membawa kebaikan dalam bidang pendidikan? Ataupun kebaikan ini hanya satu mitos? Apakah impak yang sebenarnya dibawa oleh teknologi  terhadap bidang pendidikan?


Definisi Teknologi

Terdapat banyak definisi terhadap teknologi. Perspektif orang ramai terhadap teknologi ialah pembangunan dan perkembangan sesuatu mesin menjadi lebih canggih. Sebenarnya “teknologi” bukan sahaja “machinery development” , tetapi lebih daripadanya.

“Science expands our knowing and technology expands our doing”,
teknologi dibangun oleh pemikiran manusia(Ryan, Wentworth, W.M., 1999: 90).
Menurut Jacques Ellul(1970), teknologi ini boleh didefinisikan sebagai satu metode yang dicipta oleh manusia dengan secara kreatif untuk memudahkan sesuatu tugas dilakukan dengan lebih efisiensi.
Menurut Sandra Braman, beliau kata bukan semua teknologi membawa kemudahan kepada kita.
Menurut Miarso (2007),beliau pula kata teknologi merupakan satu proses nilai tambah untuk menghasilkan suatu produk.

Sebenarnya, teknologi tidak mempunyai definisi yang tetap.Tiada betul, salah serta neutral. Semuanya bergantung kepada konteksnya dan cara masyarakat menggunakan teknologi.


Printing Press

Apakah contoh yang benar-benar dapat mengambarkan teknologi ini membawa revolusi dalam bidang pendidikan?

Menurut
Ryan dan Wentworth(1999), teknologi telah memudahkan “internal communication” dilakukan dengan melalui ciptaan seperti mesin cetak, televisyen  dan lain-lain. Mari kita andaikan “internal communication” ini bermaksud pendidikan. Teknologi yang akan memudahkan “internal communication” ini ---- mesin percetakan, ataupun diperkenalkan sebagai “printing press”.





Printing press memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan.Dengan wujudnya printing press, kita boleh menerima ilmu pengetahuan melalui membaca buku teks ataupun buku-buku lain, surat khabar dan sebagainya. Pada tahun 1450, Gutenberg telah berjaya mencipta mesin cetak. Beliau telah mengubah kehidupan rakyat di Eropah. Sampai kini, teknologi ini telah mengubah kehidupan orang ramai di seluruh dunia. Sebelum printing press ini wujud,  orang ramai perlu menyalin semua perkataan dan ilustrasi dengan tangan. Perkataan dan ilustrasi ini telah disalin ke atas kertas ataupun haiwan kulit yang telah dikikis sehingga ia adalah bersih, licin dan nipis. Prosesnya memerlukan masa yang lama, tenaga buruh yang banyak dan bahan bacaan dijual agak mahal. Sehingga Gutenberg mencipta printing press, teknologi ini boleh menghasilkan buku-buku dengan cepat dan menjimat tenaga buruh, kos hasil buku-buku menjadi lebih murah telah membolehkan lebih ramai orang mampu membeli bahan bacaan. Oleh itu, pendidikan dapat dijalankan secara luas dan mudah dengan keadaan setiap orang mampu membeli buku teks.

Movable printing press mula diperkenalkan oleh Gutenberg pada 1440.Beliau mendapat inspirasi dari Italian wine press.  Pada tahun 1450, beliau telah berjaya mencipta teknologi ini. Pada masa itu, printing press mudah diguna
kan tetapi hasilnya tidak produktif kerana prosesnya agak lambat. Bergantung kepada permintaan masyarakat dan penulis-penulis terhadap penghasilan yang lebih cepat, Ottmar Mergenthaler telah memekanisasikan printing press dengan memasangkan Linotype pada tahun 1886 di New York Tribune.Selepas itu, hasilnya menjadi lebih produktif. Pada tahun 1946, wujudnya mesin pencetakan optik (optical printer) dan terdapat empat generasi pencetak optik.



Kini, dengan wujudnya teknologi komputer  telah membawa teknologi yang lagi canggih seperti digitized typefaces, precision laser energy rapid dan high-resolution commercial printing. Printing press ini mengalami beberapa pembaharuan menjadi lebih canggih serta mewujudkan teknologi yang baharu.  Setiap tahap pembangunan printing press tetap membawa kemudahan kepada bidang pendidikan. Sampai kini, sistem pendidikan persekolahan di seluruh dunia menggunakan buku teks. Keadaan ini merupakan bukti yang kuat menunjukkan impak yang dibawa oleh printing press
dalam bidang pendidikan.




 


Definisi Pendidikan

Apakah maksud pendidikan?
Menurut Oxford Dictionaries, education is the process of receiving or giving systematic instruction, especially at a school or university.
Menurut A. Bartlett Giamatti , education is a liberal education is at the heart of a civil society, and at the heart of a liberal education is the act of teaching.
Menurut George Washington , beliau kata “My mother was the most beautiful woman I ever saw. All I am I owe to my mother. I attribute all my success in life to the moral, intellectual and physical education I received from her. “ Bermakna pendidikan merupakan didikan kasih sayang dari ibubapa.



Apakah definisi anda terhadap “pendidikan”?  Adakah pendidikan hanya satu proses penerimaan informasi ? Berkemungkinan informasi yang diterima adalah satu mitos. Menurut Hamelink, beliau kata “society cannot voluntarily choose one way or another.There is only one option: adopt and adapt”
. Bermaksud masyarakat akan menerima apa sahaja informasi yang diberikan. Pada pendapat saya, keadaan ini memang betul tetapi kita manusia bukannya satu botol yang membiarkan apa sahaja yang mengisi kekosongan kita. Manusia masih boleh berfikir dan kita masih boleh memilih apa informasi yang harus kita terima.
Hamelink mengatakan printing press telah membolehkan sumber maklumat yang boleh diakses secara meluas oleh orang ramai. Bagaimanapun, pada beberapa abad seterusnya selepas zaman Gutenberg, masih ramainya buta huruf. Walaupun mereka cuba belajar untuk membaca perkataan-perkataan dalam buku-buku , ia tidak bermakna bahawa mereka mempunyai akses kepada seni penulisan. Keadaan ini menunjukkan teknologi tidak semestinya membawa sumbangan walaupun ia tidak juga membawa keburukan kepada kita. Keadaan ini diperkenalkan sebagai “Dysfunctional of technology”.

Hamelink kata, “the printing press never became the instrument of the losers; rather, it developed as the essential weapon in the struggle between aristocracy and bourgeoisie.” Dalam ayat ini memberitahu kita bahawa golongan elit menggunakan printing press untuk kegunaan diri sendiri yang bertujuan sebagai senjata penting dalam perjuangan dengan golongan borjuasi. Losers di sini bermakna golongan yang tidak dapat memiliki teknologi sebagai kepunyaan diri mereka. Contohnya, Negara Japan menggunakan printing press untuk mencetak buku sejarah mereka dengan tujuannya mendidik atau memberi maklumat tentang kesejarahan Japan kepada rakyatnya. Tetapi, pihak berkuasa telah mengubah sesuatu dalam sejarah mereka tentang
peristiwa-peristiwa perang dunia kedua. Hal ini menyebabkan hubungan Japan dan China dalam situasi yang kurang mesra. Rakyat dari Negara China turut mengatakan Negara Japan mencipta mitos dan memberi maklumat yang salah kepada raykat Japan.

 Apakah realiti yang sebenar? Adakah kita juga sedang menerima informasi yang tidak tepat selamanya dalam pendidikan kita? Keadaan ini menunjukkan teknologi sebenarnya juga membawa masalah kepada masyarakat.

Kesimpulannya


Printing press memang membawa impak yang besar dalam bidang pendidikan seluruh dunia.  Tetapi, impaknya berbeza pada zaman yang berbeza. Impaknya juga mengandungi kebaikan dan keburukan. Semuanya bergantung kepada kita manusia, cara kita yang menggunakannya dalam bidang pendidikan. Walaubagaimanapun, ciptaan teknologi ini mewujudkan buku-buku dalam dunia ini. Walaupun semakin kurang orang mengamal tabiat membaca buku tetapi printing press merupakan satu teknologi yang penting kepada dunia kita.


Rujukan:

1. Cess J.Hamelink, Is there life after the information revolution
2. Daya K. Thussu(2000),The Historical Context of International Communication
3. Flew, T. (2005), New media: an introduction.

4.
Miarso, (2007), Menyemai benih teknologi pendidikan.
5. Ryan, J. and Wentworth, W.M.,( 1999), Media and society (Bab 5)
6. Sandra Braman , Technology

Website:

1.
http://oxforddictionaries.com/definition/english/education
2. http://www.brainyquote.com/words/ed/education158399.html#Hh20mX6cVt0XVv5G.99


       

6 comments:

  1. wah~bahasa Malaysia, dalam ingatan saya,macam tak pernah ku beri comment kat blog bahasa Malaysia.

    tapi untuk beri support kat u, i terpaksalah tinggalkan beberapa kataan.hehe

    ReplyDelete
  2. Printing press memang memainkan peranan penting dalam catatan sejarah.

    ReplyDelete
  3. Saya berharap walaubagaimanapun dunia ini bertukar,printing press masih boleh kekal.

    ReplyDelete
  4. walao bagaimana pun, printing memang dah menggubahkan masyarakat,
    malah jugak revolusi untuk masa depan hingga sekarang~

    Tanpa revolusi ini, kemungkianan masih tak tau apalah BUKU~
    ilmu kita pun tidak akan berunjur hingga sekarang~ BRAVO untuk printing! wahaha!

    我马来文还不赖吧!哈哈~ XD

    ReplyDelete
  5. Tak kira zaman sekarang atau masa depan bagaimana diubah, saya yakin bahawa printing press masih akan memainkan peranan yang penting kepada semua pengguna terutamanya dalam bidang pendidikan.

    ReplyDelete
  6. Foo Yong Soon ,

    Nes-life : Really thanks for support. I hope this post will helps you to gains some knowledge about technologies and education =)

    迷茫 : Yes. It's play a importance role in our revolution information. Thanks for supporting this post :)

    小鎮姑娘 : I think printing press is something can not be completely replace by other alternative although now we have our e-book and whatever but most of the people still prefer to read a book rather than read an article through a computer. There is so tiring our pair of eyes :)

    嘉CacinG進 : Ya. Exactly. Without the develop of printing press, we won't know any about books, newspaper, magazines and so on. Printing press is really brought so much changes to us. However i can't say this is all benefit but at least this changes is meaningful. ( Your BM is good =D )

    瑜珺 : Due to wawasan 2020, there are a lot of system will be change into form of science and technology. School of bestari(means study with computer and slide show)will increase. Maybe we don't need text book in the future. I means "maybe". However, i still support the existence of printing press. :)

    ReplyDelete